PBBM JUGA ADA SAHAM MENJATUHKAN KERAJAAN MELAKA

431
SHARES
2.5k
VIEWS

SURAT PEMBACA | 1. Melaka kecoh! Konon segalanya bermula apabila dua ADUN UMNO memulakan gerakan menjatuhkan kerajaan. Perlu diingat, dua lagi ADUN yang menyokong menjatuhkan kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman Md. Ali ialah seorang daripada parti BERSATU dan seorang lagi ADUN Bebas (bekas DAP).

2. Empat orang terlibat menjatuhkan kerajaan, bukan UMNO sahaja. Tetapi BERSATU main selamat, cuba cuci ‘tahi’ mereka dalam kemelut ini. UMNO terlebih dahulu memecat mereka yang khianat. PPBM bertindak kemudian. Itupun setelah didesak menyatakan pendirian.

3. Memang adat mereka yang khianat dipecat. Apa partipun akan melakukan tindakan yang sama. Kerana itu, tidak adil jika hanya menyalahkan UMNO sahaja.

Jika dua bekas ADUN UMNO itu berniat jahat dengan kepimpinan mereka, mengapa ADUN BERSATU perlu ikut campur? Bodoh sangatkah ADUN BERSATU itu? Begitu juga dengan seorang ADUN Bebas itu.

4. Keempat-empat mereka yang khianat itu memang berniat jahat. Jika hanya dua daripada UMNO sahaja yang khianat, kerajaan tidak akan tumbang. Jika dua daripada UMNO dengan satu bebas, kerajaan juga masih belum tumbang.

Keadaan akan menjadi 14-14 dengan kerajaan punya kelebihan 1 undi daripada Speaker DUN. Keadaan akan menjadi 14+1 (kerajaan) berbanding 14 dari pembangkang (11+3).

5. Dengan tambahan pengkhianatan seorang wakil PPBM menjadikan keadaan semakin rumit iaitu 15 dari pembangkang berbanding 13+1 dari kerajaan.

Berdasarkan angka ini, kerajaan telah jatuh kerana adanya pembabitan daripada bekas ADUN UMNO, BERSATU dan bebas. Mereka berempatlah yang bersekongkol menjatuhkan kerajaan.

6. Jadinya, mengapa mahu menyalahkan UMNO? Jika mahu menyalahkan UMNO, salahkan juga BERSATU. Saya ulang, jika UMNO dikatakan ada masalah dalaman, biarlah yang dua orang itu bertindak ke atas parti mereka. Mengapa BERSATU perlu tumpang sekali berkomplot menjatuhkan kerajaan Melaka?

7. Serangan terhadap YB Speaker Melaka yang juga Ketua UMNO negeri juga kurang adil serta bermotif politik. Mana-mana ketuapun akan bertindak demikian. Muhyiddin (BERSATU), Nizar (ketika itu PAS) telah membuktikannya semasa kerajaan pusat dan kerajaan Perak dilanda krisis dahulu.

Yang tumpang sekaki menyerang speaker Melaka juga adalah BERSATU. Sekali lagi, mengapa BERSATU perlu turut serta menyerang Speaker Melaka? Kita faham jika serangan itu dari Adli dan sekutunya.

Namun, mengapa harus ada serangan daripada BERSATU? Jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah!

8. Kejatuhan kerajaan negeri Melaka adalah tindakan bersama daripada empat jahanam yang telah berbuat demikian. Jika benar UMNO ada masalah perebutan takhta, BERSATU sepatutnya bertindak lebih gentleman. Menasihatkan ADUN mereka dan membiarkan UMNO dengan sengketa mereka.

9. Jika BERSATU melakukan ini, BERSATU akan lebih dihormati, malangnya ia tidak berlaku. Dengan tindakan mereka di Melaka sekarang, BERSATU terbukti adalah parti oportunis, gergaji dua mata, parti yang tidak boleh dipercayai langsung!

Ini adalah kerana mereka juga menikam kerajaan daripada belakang. Mungkin ini dendam dengan apa yang berlaku di pusat baru-baru ini, tetapi tidak mahu berterus-terang.

10. Justeru itu, jangan alpa atau dibuai naratif “UMNO yang menjatuhkan kerajaan”. BERSATU juga sebenarnya ada saham dalam kemelut politik di Melaka hari ini kerana ada wakil mereka di situ. 

Pemerhati Berkaca Mata 

Ulu Kelang

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts