MPPK UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS PENUBUHAN YAYASAN KEBAJIKAN MAHASISWA KELUARGA MALAYSIA

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan kerana telah merealisasikan penubuhan Yayasan Kebajikan Mahasiswa Keluarga Malaysia.

Pada hari ini, 19 Oktober 2021, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Mahasiswa Keluarga Malaysia dalam pertemuan khas YAB Perdana Menteri bersama kepimpinan MPPK.

Penubuhan Yayasan Kebajikan Mahasiswa adalah selaras dengan Agenda 4 yang telah diperjuangkan oleh MPPK selama ini melalui 11 Agenda MPPK. Penubuhan yayasan ini penting bagi memelihara dan memastikan kebajikan mahasiswa dapat terus dipelihara.

MPPK juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dibawah kepimpinan YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad yang telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan penubuhan yayasan ini dapat dizahirkan. Yayasan Kebajikan Mahasiswa selepas ini akan berada di bawah KPT.

Terima kasih YB Menteri Pengajian Tinggi Bonda Datuk Seri Noraini Ahmad, kerana sentiasa cakna serta prihatin dalam mendengar suara dan denyut nadi mahasiswa sejak dilantik menjadi Menteri Pengajian Tinggi. KPT di bawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Noraini amat komited dalam memastikan suara mahasiswa sentiasa diberi perhatian dan didengari.

Penubuhan yayasan ini juga dapat memastikan lebih banyak inisiatif dan bantuan dapat disampaikan kepada mahasiswa bagi meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan di kampus.

MPPK percaya, penubuhan yayasan ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan sentiasa mendengar suara mahasiswa yang juga merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

MPPK akan terus menjadi penghubung dan pemangkin dalam memastikan konsep Keluarga Malaysia ini dapat dihayati oleh mahasiswa serta suara mereka sentiasa diangkat demi merealisasikan pemerkasaan mahasiswa Keluarga Malaysia.

Semoga dengan penubuhan yayasan ini, lebih ramai mahasiswa dapat dibantu dan tiada lagi yang akan tercicir selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri “No One Left Behind” dalam sebuah keluarga Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts