MPPK MENYOKONG PENUH PELAKSANAAN PEMBERIAN ELAUN LATIHAN INDUSTRI SEBANYAK RM900 SEBULAN KEPADA PELAJAR

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) memberi sokongan penuh dan menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah kepimpinan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad untuk terus melaksanakan pemberian elaun sebanyak RM900 sebulan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor awam.

Pemberian elaun dengan jumlah tersebut adalah munasabah dengan mengambil kira keperluan pelajar untuk mengambil latihan industri sebagai syarat bergraduan serta mengurangkan kos sara hidup pelajar ketika menjalani latihan industri.

Pelaksanaan pemberian elaun sebanyak RM900 sebulan ini juga adalah selaras dengan harapan MPPK untuk Bajet 2022 sebelum ini iaitu memperkasa elaun latihan industri.

MPPK ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya KPT dan Kementerian Kewangan kerana telah mendengar dan mengambil kira cadangan daripada MPPK terutamanya dalam hal berkenaan pemberian elaun latihan industri ini.

MPPK juga turut memohon dan menyeru kepada semua sektor swasta yang menyediakan latihan industri kepada pelajar untuk turut sama mengikuti langkah kerajaan dalam melaksanakan pemberian elaun sebanyak RM900 sebulan bagi pelajar yang menjalani latihan industri.

Hal ini demikian kerana sepanjang menjalani latihan, pelajar melakukan tugas sama seperti kakitangan lain, termasuk mengeluarkan kos perjalanan, makan minum dan ada antara mereka terpaksa menyewa rumah. Jadi, khidmat mereka perlu diiktiraf dan bayaran elaun RM900 sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pelajar.

Akhir sekali, MPPK akan terus cakna dalam memastikan suara mahasiswa didengari dan diambil kira dalam segala pelaksanaan dasar serta polisi oleh pihak kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts