MPPK MENYOKONG PENUH YAB PERDANA MENTERI TERUS MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU

12
SHARES
132
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MPPK menyokong penuh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

MPPK juga amat bersetuju YAB Perdana Menteri menegur agensi kerajaan, swasta, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan Bahasa Melayu.

Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.

Oleh itu, saranan YAB Perdana Menteri supaya bahasa Melayu digunakan dalam semua acara atau majlis yang dianjurkan dengan meluas selepas ini juga perlu direalisasikan oleh semua pihak sama ada gensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini.

Hal ini demikian kerana sebagai sebuah Keluarga Malaysia kita semua berperanan untuk memastikan Bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa lain. Malaysia perlu berbangga bahasa kebangsaan itu yang berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa yang popular seluruh dunia.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan