PRN JOHOR: BANGSA JOHOR BIJAK MEMILIH

107
SHARES
344
VIEWS

Cukup-cukuplah selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah dan 17 bulan Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan yang tidakpun ‘undo‘ sebarang kerosakan dibuat Pakatan Harapan. Kes Allahyarham Muhammad Adib dan skandal Tabung Haji masih tidak mendapat pembelaan ketika PN berkuasa.

Rakyat berhak memilih kerajaan yang disukainya. Bukan sahaja di PRN Johor bahkan sewajarnya di PRU-15. Rakyat tidak mahu kerajaan yang bertukar berkali-kali dengan hanya “pass batton” tanpa dipersetujui rakyat siapa kerajaannya. Hanya melalui PRN dan PRU sahaja selayaknya untuk rakyat membuat pilihan.

Cuma janganlah diangkat dan diundi lagi Pakatan Harapan yang hanya tahu mengamalkan politik ‘witch-hunt’ dan membalas dendam. Apabila tidak tahu memerintah maka dijualnya aset-aset dan harta-harta kerajaan sesuka hati sehingga pelabur habis lari keluar dan berpindah melabur ke negara jiran Indonesia. Cukup-cukuplah, hentikanlah kebodohan yang berlaku selama 22 bulan sebelum ini.

Selain itu, janganlah tersalah pilih kerajaan Perikatan Nasional yang lahir daripada ‘lubang’ yang sama dengan Pakatan Harapan. Apabila melihat rakyat semakin menolak PH maka diwujudkan Perikatan Nasional sebagai ‘camouflage‘ sedangkan luar dan dalamnya sama seperti PH. Diharapkan juga PAS di dalam PN ini kembali ke pangkal jalan dan cukup-cukuplah menjadi ‘pak turut’ Mahiaddin dan Perikatan Nasional.

Justeru, mengundilah dengan rasional dan hidupkanlah semangat “politik kenegaraan” yang menolak pandangan sempit acuan dan idelogi “politik kepartian” seperti diamalkan PH dan PN. Bangsa Johor tidak memilih PH kerana satu negara sudah tahu ‘belang’ anda ketika memerintah dan cukup-cukuplah hidup dengan menipu rakyat.

Jika rakyat Johor tidak memilih PN pula, janganlah anda berkecil hati dan cubalah lagi. Bangsa Johor bukan menolak kerana “kurang kesedaran politik Islam” atau mahu memilih ‘penyamun’ dan ‘perompak’ seperti naratif kasar PAS, tetapi rakyat Johor sedar yang mana Intan dan yang mana satu kaca. Rakyat Johor lebih cerdik menilai.

Selamat mengundi buat Bangsa Johor. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts