NAJIB: TONY PUA PAKAR TOL

121
SHARES
389
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

14 Ogos 2018

Perjanjian konsesi tol boleh disemak

Sejurus selepas saya dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Oktober 2008, saya telah menukar status Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya tidak lagi termaktub dibawah akta berkenaan. Akibat itu, semua perjanjian konsesi-konsesi tol jalanraya boleh disemak oleh orang-ramai.

Kerajaan Barisan Nasional umum kos mansuhkan tol ialah RM231 bilion

Tidak lama selepas itu, kerajaan saya telah mengumumkan bahawa untuk menghapuskan kesemua konsesi tol jalanraya di negara ini memerlukan kos RM231 bilion.

Tony Pua boleh mansuh semua tol dengan hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja

Tetapi, pada masa itu pemimpin DAP – Tony Pua menuduh kita sebagai penipu. Menurutnya, berdasarkan perkiraan dibuatnya, ia hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja, dan bukan RM231 bilion sebagaimana yang kita dedahkan.

Menteri Kerja Raya Pakatan Harapan kata kos mansuh semua tol ialah RM400 bilion

Semalam, Menteri Kerja Raya dari kerajaan Pakatan memberitahu Parlimen bahawa adalah sangat sukar untuk menghapuskan semua tol seperti yang dijanjikan kerana kos untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM400 bilion – jauh lebih tinggi dari apa yang telah kerajaan BN umumkan dahulu.

Tony Pua patut ditugaskan untuk bantu hapuskan tol

Oleh itu, saya mencadang kerajaan Pakatan seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalanraya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

Saya percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat – bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan

Pakatan Harapan wajar tunai janji Manifesto untuk hapuskan tol

Sekarang, saya juga pengguna jalanraya yang membayar tol. Oleh itu, saya juga turut gembira jika semua tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto Pakatan Harapan. Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang Perdana Menteri sebelum saya.

Zaman BN, tol milik syarikat kerajaan tidak naikkan kadar tol

Ketika saya menjadi PM, saya berterusan berusaha untuk menghapuskan banyak plaza tol di seluruh negara dan pada tempoh ini, malah tidak ada satu tol lebuhraya pun yang dimiliki oleh syarikat kerajaan bersama KWSP, PLUS Highways Berhad menaikkan kadar tol walaupun sekali.

Tol milik swasta boleh menaikkan kadar tol kerana perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir

Tetapi, harus diketahui bahawa kerajaan saya juga menghadapi kesukaran ketika itu untuk tidak membenarkan tol dimiliki pihak swasta dari menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ke-4.

(Diambil melalui Facebook Najib Razak)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts