PUAD: SIASAT SEMULA 1MDB, MENTERI KEWANGAN ‘BLOODY IDIOT’

471
SHARES
2.7k
VIEWS

SIASAT SEMULA 1MDB, MENTERI KEWANGAN ‘BLOODY IDIOT”

Oleh Mohd Puad Zarkashi
16.8.2018

#Guan Eng letak jawatan.

Rakyat perlu mendesak Guan Eng letak jawatan. Tun M juga sepatutnya pecat dia dengan segera. Alasan paling kukuh ialah dia ada kes rasuah di Mahkamah. Dia juga gagal mengukuhkan ekonomi negara, ringgit tetap lemah dan kemasukan pelaburan asing menyusut.

Terkini apa relevannya dia membawa usul supaya PAC siasat semula kes 1MDB. Dia sendiri terpalit dengan kes rasuah berat. Sebenarnya dia ikut telunjuk Tony Pua. Menyiasat kembali bermakna Tony Pua dan DAP sebagai anggota PAC sebelum ini adalah ‘Bloody Idiot’.

Itu juga bermakna dia tidak percaya SPRM dan tuduh agensi tersebut gagal walaupun SPRM sudah umum siasat semula kes tersebut. Mereka juga menipu rakyat kononnya telah mendapat bukti kukuh daripada DOJ Amerika. Kerajaan tersalah congak bila bawa balik kapal Equanimity kerana menambah beban baru dari segi kos penyelenggaraan. Sedangkan saman DOJ Amerika terhadap Reza Aziz dan Jho Lo senyap begitu sahaja hingga ke hari ini. Dengan kata lain arah PAC siasat semula bermakna selama ini mereka tidak ada bukti kukuh.

Kesimpulannya 1MDB adalah nyawa mereka untuk meneruskan persepsi negatif dan menutup serta mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan janji 100 hari. Mereka mahu orang UMNO terus berbalah sesama sendiri menyalahkan Najib jika isu 1MDB berterusan.

Cubalah atasi masalah orang kampung kerana harga kelapa sawit jatuh teruk. Sememangnya Menteri Kewangan Malaysia hari ini adalah ‘Bloody Idiot’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts