Beliau mendakwa, sebelum ini Dr. Mahathir pernah memberi bayangan hampir sama apabila memberitahu kepada umum bahawa akan terus menjadi Perdana Menteri sekiranya masih menerima sokongan rakyat.

“Dr. Mahathir sendiri bila nak berhenti, bila nak serah jawatan, ini perjanjian konsensus tetapi hari ini berita beliau sambung Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu jangka masa lagi.”

“Maksudnya apa, maksudnya tidak bersedia menyerahkan kepada Anwar jawatannya. Kenyataan Dr. Mahathir yang saya marah di Tokyo apabila selagi ada sokongan rakyat selagi itu beliau pegang jawatan itu.”