MAHIADDDIN SEDIA LETAK JAWATAN PENGERUSI PN SEKIRANYA DIMINTA PARTI KOMPONEN

89
SHARES
287
VIEWS

Kekalahan teruk Perikatan Nasional yang hanya berjaya memenangi 3 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan memberikan impak yang besar buat gabungan tersebut. Terkini, Pengerusinya Tan Sri Mahiaddin Yassin mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional pada bila-bila masa sekiranya diminta oleh parti-parti komponen dalam PN.

Sewajarnya Mahiaddin bersikap ‘gentlemen‘ dan terus meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas kegagalan PN memenangi hatta 10 peratus daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. Bukannya meletakkan syarat “jika diminta oleh parti-parti komponen”. Tentu PAS dan lain-lain parti yang bergabung menjadi PN berasa ‘segan’ hendak meminta beliau bertanggungjawab walaupun jauh di sudut hati mereka mahu Mahiaddin sedar diri dan terus meletakkan jawatan. Ini kerana tentunya mereka akan kehilangan dana besar untuk menghadapi PRU-15 jika berani meminta beliau meletakkan jawatan.

Taktik lapuk cara Tun Mahathir Mohamad ini bukan sahaja mudah diteka tetapi hanya memalukan Mahiaddin. Jika bermaruah, usahlah angkuh dan letak sahaja jawatan. Biar individu lain yang lebih berwibawa, sekiranya ada untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Perikatan Nasional.

Apapun, sekalung tahniah buat pengundi-pengundi Johor yang bertindak bijak ‘mengajar’ Mahiaddin dan Perikatan Nasional yang sebegitu angkuh dan yakin akan menang walaupun dibarisi oleh “Ahli Parlimen katak” yang oportunis. Pakatan Harapan juga ‘diajar’ oleh rakyat Johor di atas kegagalan memerintah negara selama 22 bulan.

Buat Mahiaddin, jika anda masih bermaruah, jangan hanya letak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tetapi bersaralah daripada politik selama-lamanya. Rakyat sudah tahu tembelang anda selama 17 bulan menjadi Perdana Menteri bagi Kerajaan Gagal. 

Selamat jalan Mahiaddin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts