ONN HAFIZ MENTERI BESAR JOHOR KE-19

86
SHARES
279
VIEWS

Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Johor ke-19 hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Terdahulu, siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas UMNO-Barisan Nasional menang di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi teka-teki apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Hasni Mohammad membayangkan muka baru sebagai penggantinya. Beliau juga mencadangkan agar UMNO memilih ‘orang muda’ untuk memimpin negeri. 

Sebagai rekod, Onn Hafiz, 44 tahun, merupakan cicit kepada Datuk Onn Jaafar dan anak saudara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Kanan Pertahanan tersebut. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts