KERAJAAN AKHIRNYA SETUJU WANG KWSP RM10,000 DIKELUARKAN

80
SHARES
257
VIEWS

Alhamdulillah, akhirnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendengar juga rintihan rakyat dan desakan beberapa pemimpin agar membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi.

Desakan konsisten oleh pemimpin-pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berjaya akhirnya walaupun agak lambat untuk diberikan dengan pelbagai dalih oleh Menteri Kewangan yang sukar diterima rakyat. Sungguhpun begitu rakyat tentunya bersyukur akhirnya dapat mengeluarkan wangnya sendiri yang telah dicarum sejak sekian lama. Persekolahan sesi baru juga akan dibuka maka tentu ibu bapa memerlukan wang yang banyak untuk memulakan persekolahan anak-anak. 

Apapun sedikit nasihat buat kerajaan selepas ini, hargailah kepercayaan rakyat selama ini yang menyerahkan ‘kehidupan’ mereka untuk ditadbir urus dan dijaga oleh kerajaan melalui undi yang diberi. Usahlah dikhianati kepercayaan rakyat atau disukarkan kehidupan mereka dengan alasan remeh-temeh yang langsung tiada kaitan dengan rakyat. Jika mereka boleh yakin dan percaya dengan kerajaan, kenapa kerajaan tidak boleh sekali-sekala mempercayai dan yakin bahawa rakyat mampu menguruskan kewangan mereka sendiri? Bagi yang tidak memerlukan kepada pengeluaran ini tentu tidak akan mengeluarkan wang simpanan hari tua mereka namun bagi yang memerlukannya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan meneruskan perniagaan, ia boleh segera dikeluarkan kerana telah menunggu sekian lama.

Semoga dengan niat yang baik untuk memudahkan rakyat ini akan diberi ganjaran oleh Allah Taala hendaknya. Apapun tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri Ismail Sabri dan kerajaan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts