PUAD: SIAPA BERKUASA, CEP ATAU KABINET MENTERI?

87
SHARES
280
VIEWS

SIAPA BERKUASA. CEP ATAU KABINET MENTERI?

Oleh Mohd Puad Zarkashi
19 Ogos 2018

Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) dikekalkan walaupun tempoh 100 hari telah tamat. CEP kalau tidak dikawal atau dibubarkan segera akan membayangi Kabinet Malaysia. Kabinet Menteri sekarang akan menjadi Kabinet Idiots.

Secara logiknya Tun M dari segi fizikal dan kesihatan amat terbatas untuk menjalankan tugas berat sebagai Perdana Menteri yang perlu berfikir banyak dan bergerak ke sana ke mari tanpa mengira masa. Beliau sudah berumur 93 tahun. Walaupun nampak sihat, realitinya beliau tidak sekuat dulu. Dalam beberapa sidang akhbar dia sering teragak agak dan terlupa dan terpaksa merujuk orang di sebelahnya.

Apa kejayaan CEP? Walaupun FDI merosot RM2.8 bilion dan KDNK suku kedua susut 4.5%, Tun M dijangka akan memberi banyak peranan kepada CEP sebab Tun Daim adalah rakan kepercayaannya. Ini cara baru Tun M mentadbir Malaysia baru. Seperti lawatan beliau ke China, Tun Daim lebih awal ke sana membuat persiapan. Peranan itu tidak diberikan kepada Lim Guan Eng atau lain lain Menteri.

Sebab itu CEP tidak akan dibubarkan. Apatah lagi golongan korporat paling kuat menyokong supaya CEP tidak bubar. Sebabnya mereka lebih mudah jumpa Tun Daim dan CEP berbanding Tun M yang sebok dan tidak sepenuh masa di pejabat. Maka apa peranan Kabinet sekarang? Jadilah Kabinet Idiots.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts