TINJAUAN CLPD MALAYSIA: NAJIB LEBIH POPULAR BERBANDING PEMIMPIN LAIN

409
SHARES
2.4k
VIEWS

Tinjauan terkini yang dijalankan oleh Unit R&D, Center of Leadership & Professional Development (CLPD) yang bertajuk “10 Tokoh Politik Malaysia Paling Popular & Berpengaruh” di Malaysia membuktikan bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak masih kekal relevan dengan mendahului pemimpin-pemimpin lain termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sendiri.

Walaupun wujud pandangan liar sebelum ini daripada ahli akademik yang mengatakan UMNO akan menang PRU-15 jika bekas Perdana Menteri keenam itu bersara daripada politik, dilihat hanya cubaan untuk ‘discredit‘ pemimpin tersebut tanpa merujuk kepada mana-mana kajian ataupun tinjauan yang telah dilakukan oleh banyak pihak sebelum ini. 

Setakat jam 3.30 petang, 10 April 2022, dengan 3121 responden yang mengundi setakat ini, sebanyak 2299 undian atau 73.71 peratus memilih Najib Razak dan 735 undian atau 23.57 peratus memilih Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi. Agak mengejutkan juga apabila Tun Mahathir Mohamad berjaya berada di tangga ketiga dengan 0.83 peratus atau  26 undian, mengatasi Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Mahiaddin Yassin dengan masing-masing mendapat 24 undian (0.77 peratus) dan 15 undian (0.48 peratus).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berada di tangga keenam dengan hanya menerima 14 undian atau 0.45 peratus daripada keseluruhan 3121 responden yang memilih. Di tangga ketujuh hingga kesepuluh ialah Syed Saddiq, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. 

Tinjauan oleh CLPD Malaysia ini akan berakhir pada 8 Mei 2022. Sila rujuk pautan di bawah untuk menyertai tinjauan yang dibuat oleh CLPD Malaysia; https://strawpoll.com/polls/e6Z2er4V5gN

Sila kongsi dan tularkan agar lebih ramai yang dapat membuat undian bagi memilih siapakah pemimpin yang mereka rasakan lebih popular ketika ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts