PASLEAK UMPAMA GENDANG PERANG SECARA SENYAP – UMNO

142
SHARES
457
VIEWS

Kelihatan kemenangan UMNO-Barisan Nasional di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) cuba direncatkan melalui satu perancangan berterusan oleh PAS. Jika kandungan dokumen yang dibocorkan dalam kalangan PAS sendiri itu tidak disaman dan dikatakan sebagai fitnah, maka ia dilihat sebagai tulen oleh seluruh rakyat Malaysia. Nafikanlah serta berilah apa jua alasan sekalipun, rakyat melihat PAS kini saling tidak ubah seperti DAP-Pakatan Harapan. Keji, jijik dan rakus semata-mata demi kuasa dan bukan lagi bermatlamatkan perjuangan Islam.

Dalam agama, tidak boleh menggunakan cara “matlamat menghalalkan cara” seperti ahli politik bukan Islam. Hatta berpolitik, PAS wajar meletakkan agama di depan, hatta berhadapan dengan kekalahan sekalipun, agama tidak boleh dikesampingkan. Biar kalah tetapi Allah reda, jangan menang tetapi dimurkai Allah Taala. PAS sepatutnya lebih faham namun hakikatnya ia tidakpun diamalkan. Agama hanya meniti di bibir tetapi akhlak dan adab-adab Islam jauh sekali menjadi pegangan dan panduan, asalkan matlamat dan agenda berkuasa tercapai.

Malah ahli-ahli PAS sendiri tidak sanggup bersekongkol dengan tindakan keji segelintir pemimpin mereka yang tidak lagi menjadikan Islam sebagai pegangan mereka dalam berpolitik, sehinggakan mereka sendiri membocorkannya kerana tidak sanggup kerjasama yang terjalin melalui Muafakat Nasional sebelum ini dikhianati. 

Menurut UMNO pula, isu PASleak ini umpama “gendang perang secara senyap”, bertujuan melumpuhkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) daripada memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, walaupun ada beberapa pemimpin termasuk daripada UMNO sendiri yang memperlekeh isu PASleak ini, termasuk ada yang  menganggapnya hanya sebagai ‘sampah’, tetapi UMNO melihat sebaliknya.

Jalan ceritanya mudah, apabila Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sendiri gagal mematikan UMNO, kini strategi diubah dengan cubaan ‘hijack‘ mengambil alih UMNO – yang dibantu oleh segelintir pemimpin UMNO pro Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional. 

Tujuannya cuma satu, agar pemimpin kanan UMNO sedia ada boleh diganti dengan pemimpin lain yang akan mengikut telunjuk mereka. Suka ataupun tidak, tiada siapa boleh menolak hakikat bahawa kepimpinan UMNO yang dicemuh sebagai “kluster mahkamah” inilah yang sebenarnya bersusah payah dan berjaya membawa UMNO keluar daripada kemelut ingin dimatikan oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Setelah Pakatan Harapan gagal memusnahkan UMNO, ia kini disambung pula oleh PAS dan Perikatan Nasional. 

Justeru, gendang perang sudahpun dipalu, UMNO juga sudah mengenal pasti mana satu pemimpinnya yang bersekongkol dengan PAS dan Perikatan Nasional bagi menjatuhkan mereka, maka UMNO tidak lagi boleh melakukan kesilapan “kurang bersedia menghadapi senario terburuk” seperti yang berlaku pasca PRU-14. 

Bersatu, susun strategi, rangka perancangan teliti, kenal pasti dan tentukan mana musuh dalaman dan luaran, selanjutnya bertawakal dengan Allah Taala yang menentukan segala-galanya. Biarlah parti lain khianat dan tidak mahu amal Islam dalam berpolitik, namun UMNO tetap utuh mengamalkan politik matang dan sejahtera (meminjam slogan PAS), bukan politik bacul dan tikam belakang.

In Sha Allah, Allah Taala bersama dengan mereka yang istiqamah membantu dan membela rakyat, serta pasti akan menghancurkan perancang kejahatan dan penyemai kebencian. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts