CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

140
SHARES
451
VIEWS

1. Sebelum ini di zaman Pakatan Harapan,  berpuluh hakim telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa di negara ini namun tidak pula pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan ‘trigger‘ untuk mengatakannya sebagai bertentangan dengan Perlembagaan, intimidasi terhadap sistem kehakiman negara ataupun cubaan untuk ‘discredit‘ hakim-hakim tersebut

2. Tidak termaktub dalam Perlembagaan negara bahawa hakim-hakim di negara ini tidak boleh disiasat ataupun didakwa atas apa jua kesalahan sama ada jenayah atau rasuah, termasuk sudah ada dalam kalangan mereka yang dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah

3. Tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan secara tiba-tiba mengecam SPRM ini dilihat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan Hakim Nazlan disiasat, sedangkan hanya melalui siasatan, dakwaan dan perbicaraan di mahkamahlah boleh membuktikan beliau tidak bersalah, tidak berkepentingan dalam kes SRC yang telah dihakiminya sebelum ini serta tidak ada apa yang perlu ditakutkan jika tidak melakukan kesalahan

4. Hatta Ketua Hakim Negara juga tidak boleh campur tangan dan bersikap berat sebelah kerana beliau tidakpun membantah hakim-hakim lain sebelum ini disiasat dan didakwa oleh pihak berkuasa, jika benar-benar inginkan keadilan ditegakkan

5. Hakikatnya tindakan mereka yang tidak mahukan Hakim Nazlan disiasat oleh SPRM inilah yang bertentangan dengan Perlembagaan, satu intimidasi terhadap penjawat awam yang ingin menegakkan kebenaran serta merupakan satu penghinaan kepada sistem undang-undang dan institusi kehakiman di negara ini

6. Jika tiada apa yang hendak disorokkan maka tiada apa yang perlu ditakutkan jika Hakim Nazlan disiasat dan semua pihak termasuk Ketua Hakim Negara tidak perlu melatah awal sebaliknya biarkan SPRM menyiasat mengikut lunas undang-undang sedia ada yang cukup untuk membersihkan Hakim Nazlan jika tidak bersalah

7. Hatta kelak jika Hakim Nazlan ketika menjadi setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang Kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank) didapati mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC yang dihakiminya sebelum ini maka semua pihak juga wajar berlapang dada menerimanya dan bukannya bersikap double standard atau berat sebelah, kerana undang-undang itu ‘buta’ dan tidak mengenali sesiapa

8. Hakim, Ketua Setiausaha, penjawat awam kanan lainnya atau sesiapa jua pasti tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika mereka melakukan kesalahan, sama ada lambat atau cepat sahaja pasti akan dikenakan hukuman

9. Justeru pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang tidak bersetuju Hakim Nazlan disiasat oleh SPRM ini boleh menyediakan barisan peguam terbaik mereka jika benar hendak membantu beliau dan bukannya dengan cara membantah siasatan awal SPRM yang seolah-olah takutkan ‘sesuatu’ terbongkar jika siasatan diteruskan

10. Jika berada di pihak yang benar maka usah takut dengan siasatan dan dakwaan kerana kebenaran pasti muncul di sebalik segala keraguan dan ketidak munasabahan yang terdedah akhir-akhir ini. Semoga pihak yang benar akan dibuktikan tidak bersalah manakala mereka yang berkonspirasi daripada awal dapat dihadapkan ke muka pengadilan 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts