NAJIB: PROTON-GEELY, DAHULU KRITIK, KINI MAHATHIR GEMBIRA

133
SHARES
428
VIEWS
Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

Mahathir tuduh Najib jual maruah negara dan negara akan dijual

Ketika Proton yang sudah dimiliki syarikat swasta menjual 49 peratus sahamnya kepada syarikat Geely dari China pada Mei tahun lalu, saya masih ingat tulisan Tun Mahathir menuduh saya menjual maruah negara dan negara bakal dijual.

Malah, Tun Mahathir melalui tulisan dan ucapannya mengakui menangis teresak-esak mengenangkan saham Proton dijual kepada Geely.

Proton menjunam ketika Mahathir menjadi penasihat dan Pengerusinya

Walhal, di sebalik hakikat Tun Mahathir sebagai penasihat dan pengerusi Proton, syarikat itu kehilangan wang pada jumlah yang besar setiap tahun, jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi. Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar. Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya – DRB Hicom turut menerima kesan.

Proton mendapat pinjaman mudah 1.5 bilion dan membawa masuk Geely sebagai rakan kongsi

Lantaran itu, penstrukturan Proton diperlukan. Kerajaan kemudian memberikan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton dan syarikat itu kemudiannya membawa masuk Geely sebagai rakan perkongsian. Ketika pemeteraian perjanjian itu, Proton dan Geely bersetuju untuk menjadikan Proton sebagai pusat eksport ke Asia Tenggara dan juga China.

Kemudian, Mahathir gembira pula melihat Proton dan Geely memeterai perjanjian

Setahun kemudian, saya gembira melihat Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton dengan disaksikan oleh Mahathir yang tampak sangat gembira biarpun hanya setahun sebelum ini, beliau mengkritik saya dan melalui tulisannya berkata, tidak akan lagi bangga terhadap jenama Proton selepas Geely dijadikan rakan kongsi.

Dahulu Mahathir hanya fitnah dan kini gembira dengan perjanjian Geely-Proton

Di sebalik segala fitnah dan kritikan dibuat Tun Mahathir sebelum ini, semalam menyaksikan satu pengumuman yang membuktikan keputusan dibuat setahun lalu adalah satu langkah yang terbaik untuk semua. Sebanyak 60,000 pekerjaan diselamatkan dan Proton adalah pada kedudukan lebih kukuh untuk pertumbuhan.

Mahathir menyaksikan perjanjian Gelly-Proton yang dibuat oleh Najib

Jika keputusan itu tidak dibuat tahun lalu, sudah tentu tiada apa yang boleh disaksikan Tun Mahathir di Geely di China semalam.

Sebelum PRU14, isu Proton dengan projek “Forest City” dan “Melaka Gateway” merupakan isu-isu utama yang sering dimainkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin PH untuk menuduh saya menjual negara.

Kini, kerajaan PH pula amat bangga dengan Proton-Geely.

Forest City dan Melaka Gateway diteruskan

Mereka juga sudah umumkan di Parlimen bahawa kerajaan PH tidak mempunyai halangan untuk benarkan Forest City menjual hartanah secara hak-milik kekal kepada warga asing manakala Ketua Menteri Melaka pula mengumumkan bahawa projek Melaka Gateway tiba-tiba menjadi amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melaka.

Walaupun saya dan BN difitnah teruk pada masa itu, saya gembira bahawa langkah-langkah kerajaan BN dulu telah dibuktikan sebagai langkah yang menguntungkan negara dan rakyat.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts