Luar biasa bodoh! Itu sahaja ungkapan yang tepat boleh diberikan kepada Tan Sri Tommy Thomas yang langsung tidak mempunyai keupayaan dan kredibiliti menjadi Peguam Negara, namun tetap diangkat oleh Pakatan Harapan. Oleh kerana suratnya yang mengiktiraf waris Sulu, sambil memohon maaf dan berjanji akan membayar kembali kepada penceroboh Lahad Datu, telah menyebabkan ‘waris’ tersebut mengambil tindakan undang-undang menggunakan surat tersebut.
Seperti kemarahan netizen yang menyifatkan kebodohan Tommy sebagai “sangat pekat”, dalam memberi maksud sebegitu bodohnya bekas Peguam Negara tersebut, namun Pakatan Harapan tetap cuba menyalahkan kerajaan sebelumnya kononnya kerana menghentikan pembayaran apabila tentera Sulu menyerang dan membunuh rakyat Malaysia dengan kejam tanpa belas kasihan.
“Kebodohan berganda-ganda” Tommy dan Pakatan Harapan ini boleh disifatkan sebagai antara bukti ketidakcekapan mereka dalam mentadbir negara termasuk gagal dalam hubungan bilateral dan bahasa diplomasi, malah kini insiden tuntutan waris Sulu ini bakal menyebabkan negara ini berada dalam krisis berpanjangan, terutamanya melibatkan kedaulatan Sabah.
Walaupun Mahkamah Perancis telahpun menetapkan dua aset Petronas dirampas, namun kerajaan Malaysia tentunya tidak akan berdiam diri. Dalam isu ini, kerajaan Malaysia berdepan dengan dua masalah, satu ancaman tuntutan waris Sulu dan satu lagi masalah kebodohan Pakatan Harapan yang berterusan menekan kerajaan sedangkan merekalah punca kepada keseluruhan permasalahan ini.
Ini termasuklah insiden beberapa pemimpin Pakatan Harapan bertemu pemberontak Sulu yang dilaporkan oleh media Filipina suatu ketika dahulu melalui laporan perisikan negaranya. Malangnya Utusan Malaysia yang hanya melaporkan kembali berdasarkan laporan risikan Filipina tersebut disaman dan akhirnya secara teknikalnya ‘kalah’ dan terpaksa meminta maaf kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim apabila berdepan kesukaran untuk membawa sumber risikan Filipina menjadi saksi bagi pihaknya.
Rujuk pautan; https://m.malaysiakini.com/news/222745
Antara yang ditulis ialah, “Berita yang sama turut mendakwa Reuters memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang berkata penceroboh berkenaan hadir atas jemputan pembangkang.”
“Ia turut memetik portal berita The Manila Times yang dilaporkan mendakwa “pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak“.
Namun hakikatnya pertemuan tersebut masih menjadi persoalan sehingga kini. Kekalahan Utusan Malaysia ini tidakpun menjawab persoalan maklumat risikan Filipina tersebut iaitu kenapa Anwar bertemu pemberontak sebelum kejadian berlaku di Lahad Datu? Malah semakin menjadi tanda tanya apabila anak Anwar sendiri iaitu Nurul Izzah bertemu Jacel Kiram, anak kepada ketua pemberontak yang menyerang Sabah. Ia seolah-olah merestui tindakan terbabit di sebalik kesedihan keluarga anggota keselamatan negara yang terkorban dalam serangan kejam tersebut.
Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan pertemuan tersebut sebagai tindakan pengkhianat negara. Rujuk pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2017/10/339539/nurul-izzah-dianggap-pengkhianat-kerana-bertemu-jacel-khalid
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri perlu bijak menangani kedua-duanya, bertegas dan jangan beri muka. Bahagian Perisikan Pertahanan (MIO), Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (RD) dan juga Cawangan Khas, Bukit Aman (SB) tentu masih mempunyai maklumat khusus dan kronologi peristiwa mengenai pertemuan tersebut, insiden serangan Lahad Datu sehingga kepada tuntutan terkini ‘waris Sulu’ tersebut.
Dalam masa yang sama beliau perlu mencari jalan penyelesaian untuk selama-lamanya agar kedaulatan negara tidak lagi dicabar di masa hadapan. Paling utama kebodohan luar biasa Pakatan Harapan ini perlulah dihentikan, bukan sahaja melalui undi daripada rakyat, malah kerjasama politik yang mahu dijayakan oleh Perikatan Nasional juga perlu dihentikan.
Kepada rakyat di luar sana, cukup-cukuplah memberi undi kepada Pakatan Harapan. Cukuplah dengan bukti kebodohan mereka dalam isu tuntutan ‘waris’ Sulu ini menjadi pengajaran. Jika dibenarkan memerintah, entah apa lagi yang akan diperjudikan kelak.
Kepada mana-mana pemimpin politik yang masih mahu menjalin kerjasama bersama Pakatan Harapan, terutamanya Mahiaddin dan Bersatu, anda dipersilakan untuk bekerjasama. Kepada segelintir pemimpin PAS pula, yang juga mahu kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan, muhasabahlah dan kembalilah kepada perjuangan asal anda. Tidak cukupkah bukti selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah termasuk isu ICERD dan tuntutan Sulu ini menjadi iktibar bagi anda?
Apapun bagi kami rakyat, In Sha Allah kami akan bersatu dan berpakat bagi memastikan Pakatan Harapan dan anda semua yang bekerjasama dengan mereka di PRU-15 kelak akan dikuburkan.
In Sha Allah, nantikan sahajalah.