Berikut merupakan himpunan kerisauan rakyat dalam kalangan rakyat yang bencikan Pakatan Harapan;
1. Ketiadaan pengganti Bossku yang dilihat begitu efektif menentang dakyah dan fitnah Pakatan Harapan
Pemimpin lain yang ada walaupun berbakat dan mempunyai pengaruh masing-masing namun dilihat penganalisis masih tidak dapat menandingi pendekatan berkesan serta populariti Najib
2. Jika UMNO kalah, negara akan kembali dikuasai oleh Pakatan Harapan
Negara dilihat akan kembali ke zaman ‘dark ages‘ seperti mana 22 bulan dikuasai Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. Ketika itu jika PAS kembali ‘mengada-ngada’ mahu menghidupkan Muafakat Nasional sudah tidak lagi relevan
Sudah lupakah dengan kebangkitan rakyat melalui himpunan ICERD yang menentang Pakatan Harapan yang cuba menggugat kuasa Raja-raja Melayu? Tidak mungkin ia tidak akan berulang kembali jika dibiarkan mereka berkuasa kembali.
3. Syak wasangka terhadap Ismail Sabri, kini beliau tidak dipercayai lagi. Ismail Sabri kini dilihat sebagai punca utama jika UMNO mengalami kekalahan di PRU-15 kelak. Beliau juga akan diingati selama-lamanya dengan tiga perkara.
Pertama, di bawahnya UMNO semakin melemah yang terlihat disengajakan. Kedua, satu dunia melihat anak arwah Tun Razak dipenjarakan semasa beliau Perdana Menterinya. Di mata rakyat, keadilan tidak terlihat dan ini membuatkan Ismail Sabri bakal menanggung rugi apabila terlepas peluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Yang ketiga ialah kesan melewatkan pembubaran Parlimen menatijahkan kekalahan UMNO sekali lagi.
4. Menang atau kalah, parti akan dikuasai oleh UMNO Putrajaya
Hakikatnya UMNO akan dikuasai oleh Tun Mahathir dan Bersatu di mana pemimpin-pemimpin UMNO Putrajaya ini hanya mendengar dan mengikut cakap mereka sahaja. Buktinya? Sudahpun berlaku berkali-kali sebelum ini termasuklah Ismail Sabri sendiri kerap membelakangkan ketetapan parti dan akar umbi sendiri
5. Pemimpin UMNO lain juga akan dikenakan, dimulai dengan Presiden dan Timbalan Presiden
Selepas Najib, pemimpin lain bakal menyusul beliau terutamanya Datuk Seri Zahid dan Tok Mat. Walaupun Tok Mat tidak dikenakan sebarang pertuduhan setakat ini namun perancangan untuk mengenakan beliau sudahpun lama dimulakan.
Bukan lagi rahsia apabila seorang ahli perniagaan berpangkat Dato Seri yang juga orang kepercayaan pemimpin tertentu, berbangga berkata telah bertemu dan mengupah seorang blogger upahan, bertujuan untuk memburuk-burukkan Tok Mat. Seorang ahli politik veteran berpangkat Tan Sri yang dihormati dalam UMNO juga terlibat.
Walaupun cadangan ini tidak dipersetujui oleh banyak pihak namun terlihat kini ia diteruskan apabila Najib dipenjarakan.
6. UMNO akan kembali ditekan dan dibuli seperti pasca PRU-14
Jika bekas Presiden sendiri boleh dijatuh hukum walau dalang utama sehingga kini tidak dibawa ke muka pengadilan, bagaimana mungkin keadilan yang diharapkan? Tiada jaminan tekanan dan bulian tidak akan digunakan ke atas mereka selagi pihak lain yang berkuasa.
7. Sistem tertentu yang utama di negara ini tidak memihak kepada UMNO selagi ia tidak ‘dibersihkan’ sepenuhnya
Rakyat hanya mahu keadilan untuk semua bukan ‘keadilan sepihak’ yang bermotifkan politik. Rakyat tidak peduli dengan siapa berkuasa selagi keadilan benar-benar ditegakkan.
8. UMNO sukar bangkit kembali jika kalah di PRU-15 dan kebangkitan Pakatan Harapan
Agak pesimistik namun Inilah kerisauan yang melanda akhir-akhir ini melalui tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri yang dilihat hanya membuatkan UMNO lemah. Apabila UMNO lemah maka automatiknya Pakatan Harapan akan kembali kuat dan berpotensi kembali menguasai negara.
Adakah ini yang Ismail Sabri mahu? Demi secangkir kuasa dan kerusi empuk Perdana Menteri sehingga sanggup membiarkan Pakatan Harapan berkuasa lagi?
Bak kata akar umbi, sudah-sudahlah Ismail Sabri, usahlah berdolak-dalik lagi.
Segeralah bubar Parlimen demi menyelamatkan negara daripada cengkaman “tangan-tangan ghaib” yang kini bermaharajalela.