DAH NAZAK SANGAT KE UTUSAN?

449
SHARES
1.4k
VIEWS

Pengumuman oleh Lembaga Pengarah Utusan Melayu dalam pengumuman mereka kepada Bursa Malaysia hari ini mengenai kegagalan syarikat tersebut membuat bayaran prinsipal kepada Bank Muamalat Malaysia dan Maybank Islamic Bhd menyebabkan Utusan dimasukkan ke status PN17, agak meragukan.

Ini kerana jumlah yang diumumkan syarikat tersebut yang sepatutnya dibayar sebanyak RM530,121 kepada Bank Muamalat dan RM654,750 kepada Maybank Islamic bukanlah satu jumlah yang besar bagi sebuah syarikat milik UMNO ini yang mempunyai pelbagai aset bernilai ratusan juta ringgit.

Selain itu Utusan tidak pernah mempunyai masalah aliran tunai untuk membayar gaji pekerja serta tidak terdengar sebarang tawaran mengenai Pemberhentian Secara Sukarela atau VSS kepada pekerjanya.

Pengumuman kegagalan pembayaran sebanyak RM1,184,871 agak meragukan kerana selain daripada pihak Utusan dan UMNO sendiri mampu membayar jumlah tersebut, tentunya banyak cara lain yang boleh difikirkan oleh Pengurusan Kanan Utusan termasuklah penjualan aset kurang strategik yang mampu menjana kewangan untuk melangsaikan pembayaran tersebut.

Adakah ini cara untuk melemahkan saham Utusan agar boleh dibeli dengan harga yang murah oleh pihak tertentu? Jika benar siapakah yang menangguk di air keruh dan memperoleh keuntungan?

Jangan jadikan kekurangan sumber kewangan selepas PRU-14 sebagai alasan kegagalan UMNO mempertahankan syarikat yang telah wujud sejak 80 tahun dahulu. Tidakkah Pengerusi Eksekutifnya yang baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyelidik dan membuat sebarang perancangan rapi untuk mengelakkan Utusan dari terkeluar dari Bursa Malaysia?

UMNO juga boleh meminta pandangan dan nasihat daripada ‘orang lama’ UMNO iaitu Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya tidak mampu menyelesaikan masalah kecil ini itupun jika UMNO masih berminat menyelamatkan lidah rasmi mereka selama ini.

Tetapi sekiranya dikeluarkan daripada Bursa Malaysia itu adalah satu strategi jangka masa panjang, kita harapkan apa yang diperjudikan ini akan berhasil dan menguntungkan UMNO.

Atau sememangnya benar ada individu penting dalam Utusan yang berminat membeli sahamnya dengan cara melemahkan saham tersebut dan akhirnya dapat dibeli oleh beliau dengan harga yang rendah?

Kita tunggu dan lihat.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts