KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI BAJET 2023

334
SHARES
2k
VIEWS

1. Belanjawaan 2023 tidak sehebat mana walaupun ia dikira Belanjawan untuk PRU-15.

2. Banyak isu-isu utama dan untuk rakyat miskin tidak disentuh yang boleh disifatkan sebagai “belanjawaan kais pagi makan pagi” namun belum tentu cukup makan.

3. Satu perkara penting yang tidak diambil kira dalam pembentangan Belanjawan tahun ini ialah faktor kejatuhan nilai matawang Ringgit, dan kadar inflasi yang menghimpit rakyat marhaen di mana mereka sedang bergelut dengan kenaikan kos harga barangan asas.

4. Belanjawan 2023, berjumlah RM327 bilion dianggap terbesar dalam sejarah. Namun apabila diambil kira kejatuhan nilai matawang Ringgit, jumlah itu dalam matawang dollar adalah sama dengan jumlah Bajet untuk tahun 2022, iaitu kira-kira US$90 bilion – berdasarkan kadar pertukaran wang US$ ke Ringgit pada Oktober 2021, US1 = RM4.16 (Bajet 2022 ialah RM332 bilion).

Jika dikira atau analisa secara terperinci, Belanjawan 2023 sama dengan Belanjawan 2022 iaitu US$80 billion. Dalam Ringgit Malaysia dikira naik kerana kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk dan terburuk sejak 25 tahun yang lalu.

5. Oleh itu, semua kenaikan kadar bantuan, seperti Bantuan Keluarga Malaysia dan lain-lain tidaklah banyak membantu, apabila diambil kira kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh kelompok B40.

6. Manfaat yang diagihkan kepada rakyat tidak berlandaskan asas keperluan atau ‘need-base’. Sebagai contoh, semua murid sekolah bakal mendapat Bantuan Awal Persekolahan tanpa mengira sama ada ibu bapa mereka miskin atau kaya. Apalah nilai RM150 kepada seorang murid yang dihantar ke sekolah oleh pemandu dalam kereta mewah berhawa dingin, berbanding murid miskin yang terpaksa berjalan kaki berkilometer atau menaiki bas? Peruntukan bahagian bantuan yang diberikan kepada murid anak orang kaya sepatutnya diagih kepada murid miskin yang lebih memerlukan.

7. Skim istimewa disediakan kepada peminjam untuk membayar balik hutang PTPTN. Malangnya, Bumiputera yang mengambil pinjaman MARA tidak pula disebut apa-apa keistimewaan dalam pembentangan Belanjawan kali ini.

8. Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan semalam, peruntukan besar diberikan kepada Perkhidmatan Awam. Perlu disedari bahawa merekalah pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan perlaksanaan dasar tersebut berjalan dengan baik. Selalunya penyelewengan dan ketirisan berlaku di peringkat perlaksanaan yang diurus olih penjawat awam. Malah orang politik dalam kerajaan tidak boleh ‘sakau’ apa-apa tanpa kerjasama penjawat awam yang menjadi tali barut mereka ini.

Kegagalan dalam perlaksanaan adalah berpunca daripada kelemahan dan ketidaktegasan di pihak kakitangan awam. Mereka boleh dikatakan sebagai mempunyai integriti yang paling buruk malah sudah banyak pun buktinya. Saya berharap bermula daripada sekarang pemantauan yang lebih kemas dan tersusun perlu diberikan terhadap proses perlaksanaannya.

Sudah tiba masanya juga diwujudkan ajensi awam yang dianggotai oleh anggota masyarakat daripada berbagai lapisan, yang diiktiraf dan dibiayai oleh kerajaan, untuk memantau penjawat awam termasuk agensi SPRM, polis dan juga kastam, serta JPJ, Jabatan Pendaftaran, Imigresen dan Maritim malah semua kementerian termasuk Pertahanan. Kadar rasuah di Malaysia sudah boleh diibaratkan sebagai kanser tahap 4. Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan langsung tidak menyentuh mengenai rasuah dan langkah-langkah untuk memperkasakan integriti dalam kakitangan kerajaan serta menyekat penyalahgunaan kuasa oleh orang-orang politik dalam kerajaan.

9. Jika banyak projek untuk pembangunan dalam belanjawan maka akan ada anugerah projek kepada kroni-kroni dalam kalangan parti politik yang berkuasa. Maka kos asal projek akan jauh melebihi kos sebenarnya.

Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden Putra

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts