Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan bersama Bersatu-Perikatan Nasional berbanding penyatuan ummah yang jauh lebih besar dan utama dengan UMNO-Barisan Nasional.
Ketetapan tersebut telahpun dimuktamadkan dan PAS yang dilihat asyik berdolak-dalik sebelum ini akhirnya berjaya juga menetapkan pendirian mereka untuk memilih rakan politik yang mungkin dirasanya jauh lebih baik walaupun jumlahnya sedikit, dengan menggunakan retorik “demi penyatuan ummah”.
Walaupun sebelum ini keputusan muktamar PAS adalah untuk bersama Muafakat Nasional dan tegas tidak bersetuju apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin mengisytiharkan UMNO sebagai musuh utama, nampaknya PAS akhirnya tunduk dengan Bersatu.
Buat Bersatu, tahniah kerana berjaya mempengaruhi dan memanipulasi PAS dengan jayanya. Diharapkan semoga akar umbi PAS menerima seadanya dengan apa yang berlaku dan reda menjadi ‘tunggangan’ Bersatu sebagai jentera pilihan raya kelak.