AGONG KECEWA DENGAN KERAJAAN YANG TIDAK STABIL?

348
SHARES
2k
VIEWS

Dalam kenyataan Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan YAB Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Dalam kenyataan yang ringkas dan padat ini dapat disimpulkan bahawa sejak Pakatan Harapan menang dan mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018 lepas, sehingga kini sudah tiga Perdana Menteri silih berganti melalui beberapa kerajaan yang sentiasa tidak bersefahaman sepanjang masa.

Tentu selaku Ketua Negara yang memberi amanah kepada Perdana Menteri untuk menggalas tanggungjawab menjaga kerajaan baginda yang juga diistilahkan oleh YDP Agong sebagai “kerajaan beta”, baginda mengharapkan seorang Perdana Menteri yang berwibawa dan tidak lemah. Apatah lagi jika wujud perjanjian sulit antara Perdana Menteri dengan Perdana Menteri sebelumnya, tentu ini akan membuatkan sesiapa sahaja muak dan marah dengan keadaan yang sedemikian.

Justeru kekecewaan baginda wajar disambut baik oleh rakyat semua yang mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil, dipercayai dan mampu mentadbir dengan baik, bukannya beretorik mahu membuat perubahan tetapi akhirnya merekalah yang merosakkan negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts