STRATEGI SEBENAR PAS MEMILIH BERSATU-PN

126
SHARES
407
VIEWS

Sehingga Parlimen dibubarkan, PAS dan Bersatu sebagai dua parti utama dalam Perikatan Nasional masih tidak berjaya mencapai kata putus untuk bersama DAP-Pakatan Harapan dalam “Rancangan Khemah Besar”. Kemudiannya situasi mereka diburukkan apabila Hamzah Zainuddin mula mengorak langkah sendiri cuba meninggalkan Tan Sri Mahiaddin Yassin termasuk cuba berunding dengan pemimpin kanan PKR.

Masalah dalaman yang meruncing ini membuatkan dua tiga orang pemimpin PAS telah mempengaruhi Presiden PAS Haji Hadi untuk terus mendukung Bersatu-Perikatan Nasional agar “cash cow” mereka ini tidak akan terputus serta peluang untuk memperbaiki hubungan yang retak antara dua pemimpin Bersatu ini dapat dipulihkan. Namun apakah strategi sebenar PAS dan Bersatu seterusnya apabila PAS gagal mempengaruhi UMNO yang konsisten mengikut ketetapan parti dan suara akar umbi untuk menolak Bersatu-Perikatan Nasional?

Strategi mereka cukup mudah iaitu jika menang beberapa kerusi kelak di mana semua pemimpin-pemimpin Bersatu terpaksa ‘menagih’ sokongan akar umbi PAS untuk mempertahankan kerusi masing-masing, mereka akan cuba menjadi “king maker” dengan membuat tawaran kepada UMNO-Barisan Nasional. Jika tidak diterima, tanpa segan silu mereka akan bersama DAP-Pakatan Harapan.

Ketika itu mereka akan memberi alasan bahawa UMNO-Barisan Nasional telah menolak mereka dan memecah-belah orang Melayu serta terpaksa bersama DAP-Pakatan Harapan membentuk kerajaan di bawah Rancangan Khemah Besar yang sebenarnya sudahpun direncana jauh lebih awal. Buktinya ialah kebocoran dokumen ‘PASleak‘ yang jelas menunjukkan bahawa PAS bersedia bekerjasama bersama DAP.

Hakikatnya PAS lah yang memecah-belah muafakat dan penyatuan ummah Melayu Islam apabila memilih Bersatu-Perikatan Nasional yang jauh lebih kecil jumlahnya berbanding UMNO-Barisan Nasional. Ini juga menjadi bukti bahawa penyatuan ummah versi PAS hanyalah retorik semata-mata, demi wang dan kuasa apa sahaja sanggup dilakukannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts