PAS TERKENA ‘MANDROM’ BERSATU?

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Tidakkah akar umbi PAS yang tentunya cerdik menilai perkembangan parti mereka kini tertanya-tanya kenapakah ada pemimpin tertentu mereka beriya-Iya mahu kekal bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional?

Selain laungan “penyatuan ummah”, alasan wala’ kepada pemimpin pasti akan digunakan oleh PAS bagi memastikan akar umbi dan penyokong-penyokongnya tetap menerima apa sahaja keputusan mereka yang bukan sahaja membelakangkan Islam malah tidakpun demokratik dalam partinya sendiri.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS juga pasti tertanya-tanya kenapakah sukar sangat pemimpin-pemimpin PAS memilih penyatuan ummah yang sebenar iaitu bersama UMNO-Barisan Nasional yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding Bersatu-Perikatan Nasional?

Bukankah banyak hadis atau dalil yang boleh dirujuk oleh PAS bahkan tentu mereka tahu banyak celaan-celaan daripada Allah Taala yang murka dengan perpecahan sesama Islam? Wujud juga persoalan kenapakah pemimpin-pemimpin PAS beriya sangat mempertahan Bersatu daripada terkubur selepas PRU-15? 

Justeru apakah muslihat sebenar PAS? Jawapannya mudah, PAS yang terhutang budi melalui “scheme of things” dan pelbagai bantuan lain semasa menjadi kerajaan, sanggup bertemu tiga penjuru dengan UMNO-Barisan Nasional agar Bersatu tidak terus dikuburkan rakyat – yang muak dengan pemimpin-pemimpin ‘katak’ dan khianat di dalamnya.

Jika dikuburkan, ‘cash cow‘ PAS akan terhenti dan ini menggusarkan mereka. Walaupun kelihatan sangat tidak cerdik dan membelakangkan agama, tetapi bagi PAS, Mahiaddin dan Bersatu adalah segala-galanya. Inilah ‘mandrom‘ Mahiaddin yang membuatkan PAS melekat kepadanya. 

Cuma PAS terlepas pandang satu perkara yang paling utama iaitu apa jua rancangan mereka yang dirasakan hebat, perancangan dan ketetapan Allah Taala adalah mengatasi segala-galanya.

Buat malu sahaja apabila PAS asyik kata memperjuang agama, tetapi agama jualah yang mereka lupa. Adakah ketika ini PAS masih mahu bertakbir? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts