PAS SANGGUP BERTEMBUNG TIGA PENJURU DEMI SELAMATKAN BERSATU

131
SHARES
421
VIEWS

1. PAS tidak boleh menyalahkan UMNO jika Pakatan Harapan kembali memerintah negara jika mereka menang di PRU-15 kelak.

2. Tindakan PAS ini didorong oleh nafsu dan sikap kurang cerdiknya dalam menilai kejujuran Bersatu yang telahpun membuat perjanjian sulit dengan Pakatan Harapan untuk kembali bersama memerintah kerajaan.

3. Walaupun PAS mengetahui tindakan Bersatu tersebut namun bagi mereka apa yang penting ‘cash cow‘ mereka ini tetap diteruskan dan jangan sampai terhenti di tengah jalan.

4. Walaupun menggunakan alasan demi penyatuan ummah, namun rakyat tidak sebodoh PAS, di mana mereka boleh melihat jumlah UMNO yang jauh lebih besar mengatasi Bersatu – membuktikan penyatuan ummah yang sebenar.

5. Sikap kuku besi PAS dengan memaksa ahli-ahli wala’ atas ketetapan bersama Bersatu-Perikatan Nasional ini juga bertentangan dengan agama walaupun PAS berkata akan memilih keputusan yang paling kurang mudaratnya.

6. Hakikatnya, memilih Bersatu-Perikatan Nasional inilah mudarat yang paling besar kerana pertembungan tiga penjuru akan memberi ruang dan peluang cerah buat Pakatan Harapan kembali memerintah.

7. Jika inilah yang ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS mahukan, maka usahlah mencari UMNO untuk bermuafakat kelak jika Pakatan Harapan yang kembali memerintah mahu menandatangani Statut Rom dan meratifikasikan ICERD selepas ini. 

Kesimpulannya, PAS yang kini sudah terjerat tidak boleh salahkan sesiapa jika nafsu dan kebodohan sendiri mengakibatkan Pakatan Harapan kembali berkuasa.

Ketika itu, menangis air mata darahpun sudah tidak berguna. 

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts