RAFIZI SANG JUARA HASUT DAN HANCING 

385
SHARES
2.3k
VIEWS

SURAT PEMBACA | Seperti dijangka, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ghairah memainkan sentimen kebencian melalui ucapan-ucapan dan komentarnya menjelang PRU-15.

Terbaru, beliau secara angkuh mahu memenjarakan para pemimpin UMNO kerana memaksa diadakan PRU-15 pada musim banjir sekiranya PH menang. Sedangkan ada satu bancian pembaca mendapati majoriti rakyat bersetuju PRU-15 diadakan sekarang atas pebagai faktor dan ia adalah tamparan buat Rafizi.

Apa yang dinyatakan itu dengan jelas memperlihatkan PH sekali lagi akan menyalahgunakan sistem perundangan negara untuk menganiaya musuh-musuh politik sebagaimana era 22 bulan memerintah.

Inilah politik murahan dan tiada kelas. Ugutan, dendam dan memperkudakan institusi utama iaitu badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM, LHDN serta polis adalah jenama PH. Rafizi secara terbuka menghina dan merendah-rendahkankan dirinya sendiri mahupun PKR dan PH dengan kenyataan seperti itu.

Rakyat sudah boleh menilai dan tidak akan mudah termakan dengan penipuan serta ‘kehancingan’ PH buat kali kedua. Sepatutnya untuk memulihkan semula keyakinan rakyat daripada trauma 22 bulan pemerintahan PH, Rafizi sewajarnya memohon maaf secara terbuka bagi pihak dirinya, PKR dan PH.

Selagi beliau tidak berbuat demikian, selagi itu segala kekotoran dan kehancingan era kerajaan PH akan melekat kuat di minda rakyat. Seperti kata ramai netizen, Rafizi buka mulutpun sudah berbau ‘hancing’. Jangan lupa, apabila memperkatakan PH ia bagai ayam kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

Kemudaratan akibat kehancingan, penjarahan harta puluhan bilion ringgit, kegagalan pengurusan ekonomi sehingga kehilangan puluhan bilion ringgit lagi, kehilangan kedaulatan seperti Pulau Batu Puteh, kejahatan menganiaya dan penyalahgunaan kuasa, terlalu besar.

Itu belum menyentuh ratusan ribu hilang pekerjaan, ramai yang bunuh diri, banyak subsidi kepada pelbagai golongan rakyat dihentikan, pemberian kontrak berbilion ringgit kepada kroni secara runding terus, menghentikan ribuan kakitangan kontrak dan langkah untuk mengecilkan saiz penjawat awam serta menghentikan bayaran pencen.

Terlalu banyak kejijikan yang ditinggalkan oleh kerajaan PH yang PKR adalan antara tonggak dalam kerajaan itu. Apa yang Rafizi lakukan sewaktu itu hanyalah sama bersubahat menjahanamkan negara. 

Kini Rafizi meroyan lagi. Imej beliau sebagai penghasut nombor satu negara juga akan semakin menebal. Rakyat tidak akan lupa sekian banyak hasutan beliau termasuk menggesa umat Islam mengeluarkan simpanan di Tabung Haji tetapi anehnya, beliau sendiri terus mengekalkan simpanannya di situ.

Sebenarnya lagi jahat beliau bertutur kata lagi bagus untuk BN. Rakyat akan lebih bersimpati kepada BN. Ini semua angkara pendekatan politik sterotaip PKR yang tidak lagi sesuai. Lihatlah apa yang terjadi pada Pilihan Raya Negeri Melaka, Johor dan Sarawak di mana PKR kalah teruk dan dimalukan bertalu-talu. Ia adalah mesej jelas penolakan rakyat buat parti itu.

Rafizi patut sedar dan janganlah bersikap angkuh. Strategi beliau untuk membakar Malaysia dengan api hasutannya akan hanya membuatkan majoriti rakyat lebih meluat dan marah. Rakyat tidak selesa dengan kempen yang kotor, kasar dan angkuh. Jika PH dan PKR kalah teruk pada PRU-15, beliau adalah antara faktor utamanya nanti.

Justeru, Rafizi masih boleh muncul juara sang hasut dan hancing tetapi ingatlah, majoriti rakyat tidak akan membenarkan kehancingan berulang buat kali kedua. Ini bukan negara hancing.

Oleh Zamani Zaman

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts