SHAMSUL ISKANDAR LAWAN ZAHID HAMIDI DI BAGAN DATUK

142
SHARES
457
VIEWS

Penyandang kerus Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Mohd Akin dinamakan sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk bagi melawan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim di majlis Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ, Taman Kosas, Ampang malam tadi yang dihadiri oleh ribuan penyokong-penyokongnya. 

Sebagai rekod, Shamsul yang menawarkan diri untuk melawan Zahid sebelum ini juga dikenali sebagai ‘giant killer’ kerana dua kali berjaya menewaskan Ketua Menteri Melaka Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali Rustam pada PRU-13 dan PRU-14 di Parlimen yang sama.

Namun kemudiannya tidak dapat mengekalkan kemenangan PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dalam PRN Melaka baru-baru ini selain kalah mengejut di tangan Mohd Rafee Ibrahim dalam perebutan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya di pemilihan PKR pada Mei lepas. Mungkin kerana itu beliau terpaksa berpindah ke Bagan Datuk bagi mencabar Zahid kerana telahpun ditolak di Melaka. 

Semoga rakyat yang bereksperimen menukar kerajaan pada PRU-14 lepas namun akhirnya serik berdepan dengan 22 bulan diperintah Pakatan Harapan tidak akan mengulangi kesilapan bodoh mereka sekali lagi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts