KENAPA PERLU ‘MEROYAN’ WAHAI SHAHIDAN?

167
SHARES
540
VIEWS

Seperti biasa, dengan nada angkuh Tan Sri Shahidan Kassim mengecam Presiden partinya sendiri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan memintanya meletakkan jawatan kerana ‘meroyan’ apabila nama digugurkan daripada senarai Ahli Parlimen UMNO bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Sedangkan beliau patut bersyukur kerana kerana pemimpin UMNO ‘warlord‘ seperti beliau sepatutnya sudah lama digugurkan. Editor Malaysia sendiri sudah lama mencadangkan beberapa nama ‘warlord‘ bermasalah sepertinya digugurkan. Rujuk artikel, “UMNO tidak memerlukan warlord” di pautan; https://editormalaysia.com/318/ yang telah disiarkan pada Jun 2018, sebulan selepas UMNO ditumbangkan.

Lihat sahaja beberapa pemimpin warlord seperti beliau yang tidak menghargai jasa UMNO selama ini yang membuatkan beliau menjadi pemimpin sejak sekian lama dan kaya-raya hasil daripada partinya namun semudah itu ia di lupakan. Rujuk artikel, “Sudah-sudahlah Shahidan” di pautan https://editormalaysia.com/326/ – yang mengecam sikap kebudak-budakkan sehingga mencetus kemelut di negeri Perlis suatu ketika dahulu di awal Pakatan Harapan memerintah.

Selaku pemimpin lama, Shahidan sepatutnya berjiwa besar dan berlapang dada memberi laluan untuk pemimpin lain. Shahidan mungkin tidak sedar bahawa pemimpin-pemimpin seperti beliau dan juga Tan Sri Annuar Musa kerap menimbulkan masalah buat parti serta suka bersikap angkuh dan berlagak ‘kayangan’ yang membuatkannya dibenci rakyat, bukan sahaja akar umbi UMNO.

Lebih teruk apabila kedua-duanya tanpa segan-silu menyokong pemimpin dan parti lain iaitu Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Bersatu serta kerap menghentam partinya sendiri secara terbuka. Jika dalam pasukan bola sepak, ‘striker‘ tua atau lemah akan digantikan, apatah lagi jika pemain itu dengan sengaja suka menjaringkan gol sendiri, sekaligus memenangkan pasukan lawan. Bukankah ini satu pengkhianatan? 

Justeru itulah analog yang layak untuk Shahidan, seorang ‘striker‘ tua yang sangat membebankan. Apapun, selamat bertanding bersama Perikatan Nasional atau GTA wahai Shahidan, semoga di usia tua yang tersisa ini Allah masih memberi keberkatan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts