TIADA ANUGERAH KEBESARAN TAHUN INI

100
SHARES
324
VIEWS

Pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V tidak akan mengurniakan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada 9 September ini.

Hanya akan diadakan titah daripada YDP Agong dan ucapan tahniah daripada YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ini merupakan kali pertama Baginda tidak akan mengurniakan sebarang darjah kebesaran pada hari keputeraannya.

Selain itu, senarai penerima tahun ini yang telah disediakan pentadbiran kerajaan lalu juga akan disemak semula.

Perkara ini tentunya memberi kejutan dalam kalangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang menyimpan angan-angan akan bergelar sekurang-kurangnya sebagai Datuk ataupun Datuk Seri. Namun mereka masih berpeluang mendapatkan gelaran tersebut daripada Sultan ataupun Kerajaan Negeri masing-masing.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts