VIGNESWARAN SARAN ANWAR BERI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN KEPADA AHLI INDIA

493
SHARES
1.6k
VIEWS

Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran menyindir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar partinya menukar nama bagi melambangkan ia adalah parti India kerana sebelum ini Anwar mendakwa PKR mempunyai lebih ramai anggota India berbanding MIC. 

“Beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul. Anggota India di PKR terlalu banyak. Saya pun dengar mengenainya. Saya cadangkan beliau tukar nama PKR kepada parti India.”

“Mungkin beliau perlu memberi jawatan Timbalan Presiden PKR kepada seorang anggota India di partinya sebagai satu pengiktirafan kepada jumlah ahli India di PKR.”

Sebelum ini sebuah akhbar harian, Tamil Malar, memetik Anwar berkata MIC ibarat sebuah ‘sekolah’ yang tidak mempunyai murid di mana PKR secara rasmi mempunyai lebih banyak ahli bangsa India berbanding MIC, salah sebuah parti komponen BN yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Anwar berkata demikian pada pertemuannya dengan pemimpin PKR berbangsa India di Perak di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, semalam.

“Hari ini MIC sudah menjadi sebuah sekolah yang tiada murid. Kaum India menyertai PKR sehingga partinya menjadi terbesar di Malaysia dari segi merangkumi ahli-ahli bangsa India.”

Beliau turut mengesahkan pernyertaan kaum India di PKR merupakan satu pengiktirafan kepada parti menambat hati pengundi India.

Anwar juga sepatutnya mempertimbangkan saranan Vigneswaran untuk memberi jawatan Timbalan Presiden PKR kepada ahlinya yang berketurunan India sebagai pengiktirafan sebenar dan bukan hanya retorik politik semata-mata.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts