ADIK IPAR TUN DAIM DILANTIK PENASIHAT EKONOMI MAHATHIR

1.7k
SHARES
7.6k
VIEWS

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, berkuatkuasa pada 27 Ogos.

Muhammed yang juga adik ipar kepada Tun Daim Zainuddin yang mengahwini kakak beliau Naimah Khalid, berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan. Naimah dan Daim sama-sama meminati seni lukisan dan memiliki Ilham Gallery yang terletak di Ilham Tower atau lebih dikenali sebagai IB Tower (Ilham Baru Tower) di Jalan Binjai berdekatan dengan KLCC.

Beliau ketika ini menjawat jawatan sebagai Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tun Daim dan masih menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi di DM Analytics Malaysia, yang diasaskan oleh beliau.

Dr. Muhammed adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’études Politiques de Paris (Sciences Po Paris), Perancis.

Beliau turut memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Southern California, Los Angeles.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts