SELEPAS MUAFAKAT NASIONAL, NGO PERPADUAN UMMAH PULA DITUBUHKAN

366
SHARES
2.2k
VIEWS

Selepas Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional ditubuhkan oleh Tan Sri Annuar Musa selepas PRU-15, negara kini dimeriahkan pula oleh Perpaduan Ummah, sebuah NGO yang ditubuhkan oleh Tan Sri Shahidan Kassim. Menurut Shahidan, NGO tersebut telah didaftarkan dua minggu lepas dan akan dilancarkan dalam masa terdekat, bertujuan bagi membela rakyat di seluruh negara.

Katanya, ia adalah satu langkah yang diambil beliau bagi mengukuhkan perpaduan ummah terutama melibatkan Bumiputera Islam supaya terus menabur bakti kepada masyarakat. Menurut Shahidan lagi, ketika ini ramai yang menyatakan minat untuk menyertai pertubuhan Perpaduan Ummah ini termasuk daripada ahli PAS dan Bersatu serta pelbagai golongan profesional seluruh negara. Selain itu, beliau turut mempelawa ahli-ahli UMNO menyertainya bagi bersama-sama membela rakyat di seluruh negara. 

Tambahnya, NGO beliau ini mampu membela kebajikan rakyat secara menyeluruh dan akan menjadi sebuah pertubuhan yang lebih hebat daripada sebuah parti kerana menghimpunkan tenaga kerja dan kepakaran tanpa mengira latar belakang politik. 
Apapun niatnya, rakyat di negara ini tentu menyambut baik hasrat Shahidan Kassim menubuhkan Perpaduan Ummah kerana mereka yakin, dengan sumber kekayaan yang ada pada beliau sejak sekian lama itu mampu disalurkan kembali kepada rakyat yang amat memerlukan. Jangan hanya beretorik mahu membela rakyat, jika kekayaan beratus juta yang ada hanya dimanfaatkan untuk dirinya dan keluarga sahaja. 
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts