APA NILAI DIBAWA KHAIRY DALAM UMNO?

82
SHARES
265
VIEWS

SURAT PEMBACA | Pemimpin UMNO yang telahpun dipecat, Khairy Jamaluddin bertanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya apa nilai dibawa Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kerajaannya? Beliau mengutarakan soalan tersebut ketika muncul sebagai tetamu dalam program The Breakfast Grill di BFM pada Isnin lepas.

Persoalan yang perlu ditanya oleh Perdana Menteri sendiri, adakah UMNO dan Zahid menambah nilai pada kerajaannya?” Jelas soalan beliau ini hanya memperlihatkan dendam dan dengki semata-mata kepada Zahid yang mengalahkannya pada pemilihan UMNO pasca PRU-14 lepas dan menjadi Presiden sehingga kini. Selepas itu lihat betapa teruknya Khairy ‘meroyan’ kerana marahkan Zahid. Rupa-rupanya ‘dendam’ tersebut dibawa sehingga ke hari ini dan sudah terlihat ‘personal‘ sikap beliau itu kepada Zahid. Apa sahaja yang dilakukan Zahid dikritiknya walaupun beliau tetap dicalonkan Zahid di Sungai Buloh.

Jika mahu bertanya mengenai nilai, Khairy perlu bertanya dirinya sendiri apa nilai beliau bawa ketika dalam UMNO terutamanya dalam membawa anak muda kepada parti sedangkan beliau ketua pemudanya sebelum ini? Bukankah beliau gagal melaksanakan misi penting itu semasa UMNO berdepan PRU-14 lepas dan ini menjadi antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kekalahan UMNO tersebut? 

Ketika berkempen di PRU-15 pula, parti sendiri dikatakan ‘sesat’. Ini sudah cukup untuk beliau dipecat jika tiada kesalahan lain sekalipun. Ingkar kepada arahan parti juga sudah dilakukannya berkali-kali. Apatah lagi menyindir ketetapan Majlis Kerja Tertinggi serta akar umbi parti, memperlekeh Presiden dan UMNO, malah jika disenaraikan, seolah-olah Khairy ini sebenarnya ialah musuh parti bukan pemimpinnya. Sikap pro Perikatan Nasional juga menebal, sama seperti mereka yang dipecat dan digantung, cuma Ismail Sabri sahaja yang dilihat masih terselamat. Itupun tidak tahu berapa lama. 

Lebih memalukan selepas dipecat, Khairy masih mencanang ke seluruh negara bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri, yang juga menjadi intipati bagi kempen beliau. Mujurlah Khairy kalah di Sungai Buloh, jika tidak tentu lebih galak mahu menjadi Presiden serta memperlekeh pemimpin partinya sendiri kerana merasakan dirinya lebih baik. Khairy yang jelas bersikap narsistik, angkuh dan berasa ujub beliau lebih baik daripada orang lain ini pasti akan memusnahkan dirinya sendiri.

Jika diizinkan Allah Taala beliau menjadi Perdana Menteri sekalipun, belum tentu beliau mampu berkhidmat kepada rakyat dengan baik kerana sikap narsistik dan berasa lebih bagus daripada orang lain itu sudah sebati dalam dirinya. 

Sedangkan dalam agama, sesiapa yang berkehendakkan jawatan maka individu itulah yang paling tidak layak dilantik menjadi ketua. Bahkan dalam banyak riwayat, Rasulullah SAW akan melantik mereka yang langsung tidak berkehendakkan jawatan. Baginda tidak akan memberikannya kepada orang yang suka meminta-minta, apatah bersikap seperti Khairy yang ‘mabukkan’ kerusi Presiden parti dan kini mahu menjadi Perdana Menteri.

Sayangnya Khairy masih muda dan tentu mempunyai potensi yang baik dalam politik tetapi beliau ‘dikalahkan’ oleh nafsu besarnya sendiri dan tidak sudah-sudah kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri. 

Bersabarlah dan perbanyakkanlah istighar wahai Khairy, serta buanglah sikap merasakan orang lain lebih teruk atau hina berbanding dirinya. Jika tidak, beliau langsung tiada nilai menjadi seorang ketua yang baik untuk memimpin parti, apatah lagi menerajui negara jika sifat ujub dan khianat masih sebati dengannya. Nauzubillah min zalik semoga negara dijauhkan daripada pemimpin sepertinya. 

Pengundi muda anti khianat

Sungai Buloh

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts