TUN MAHATHIR, KEDAH SEPAKAT SELESAI ISU ‘MIK’ DI BUKIT MALUT

95
SHARES
307
VIEWS

Isu penempatan haram membabitkan golongan Melayu Islam Kedah (MIK) di Bukit Malut Langkawi yang sudah berlanjutan lama dijangka bakal diselesaikan tidak lama lagi selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setuju untuk bekerjasama dalam isu tersebut. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata isu berkenaan sudah berlarutan sekian lama memerlukan kerjasama Dr Mahathir sebagai individu yang terbabit dengan penempatan MIK di Bukit Malut. Beliau berkata, selaku pencetus yang membawa MIK ke negeri tersebut, Tun Mahathir perlu dilibatkan membantu kerajaan negeri. Dengan pengetahuannya yang mendalam serta sejarah kedatangan MIK ke Bukit Malut, tentu Tun Mahathir boleh membantu mereka mewujudkan penempatan baharu untuk MIK di sana. 

Sebagai rekod, kerajaan negeri Kedah bercadang untuk melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar mengambil alih sebahagian tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bukit Malut dan dijadikan penempatan baharu. Seterusnya ia akan dijual kepada penduduk terlibat dengan harga yang tidak terlalu mahal dan mampu milik. 

.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts