BR1M AKAN DIHAPUSKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN
Oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid
25 Ogos 2018
Sesungguhnya Kerajaan Pakatan berdendam dengan Kerajaan Barisan Nasional (terdahulu) sehinggakan Dr. Mahathir mengumumkan BR1M akan dikurangkan dan kemudian dihapuskan.
Ini adalah satu tindakan yang amat keterlaluan terhadap golongan rakyat B40 yang memerlukan pertolongan dari kerajaan bagi meneruskan kehidupan mereka seharian.
BR1M bukan bertujuan untuk membeli undi rakyat tetapi merupakan langkah ‘rationalisation‘ kepada subsidi oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan.
KESIAN KELUH KESAH RAKYAT TIDAK DI DENGAR OLEH KERAJAAN PAKATAN.
DATO’ SERI MAHDZIR KHALID
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA.
25 Ogos 2018.
(Dihantar melalui Whatsapp)