AZAM BAKI BIDAS MAHIADDIN, TIDAK WAJAR BUAT KESIMPULAN AWAL

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengecam tindakan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin atas tindakan yang dibuatnya mengenai siasatan berterusan terhadap program Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dipetik berkata bahawa siasatan sedang berjalan dan adalah tidak wajar bagi mana-mana individu yang dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka, untuk menyatakan kesimpulan mereka sendiri, sama ada dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam kes itu.

Sehubungan itu Mahiaddin yang akhir-akhir ini berterusan membuat kenyataan termasuk di Parlimen kononnya beliau tidak bersalah, malah akan menyaman sesiapa sahaja yang dianggap sebagai memfitnahnya, boleh bertenang sedikit sambil menunggu apakah arahan selanjutnya daripada SPRM.

Jika benar tidak bersalah tentu Mahiaddin akan dilepaskan dan selepas itu saman sahajalah mana-mana pihak yang masih berterusan mengaitkannya dengan isu Jana Wibawa. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts