MAHIADDIN TUDUH ZAHID DALANGI PENDAKWAAN PEMIMPIN BERSATU

109
SHARES
353
VIEWS

Belum puas dibidas oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki kerana mendakwa diri sendiri bukanlah suspek, kali ini Presiden Bersatu, Mahiaddin Yassin menuduh pula Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang atas penahanan dan pendakwaan ke atas dua pemimpin Bersatu.

SPRM pagi tadi membawa Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad untuk didakwa di mahkamah. Sebagai rekod, Adam juga merupakan sepupu kepada Datuk Muhamad Adlan Berhan, menantu Mahiaddin yang berkahwin dengan anaknya bernama Nabilah.

Tidak wajar Mahiaddin panik dan marah kepada Zahid kerana sepatutnya sasaran kemarahan beliau ditujukan kepada SPRM yang telah menjalankan siasatan dan mendapati ada keraguan untuk mendakwa kedua-duanya. Jika tidak bersalah tentulah SPRM daripada awal akan membuat kenyataan bahawa Wan Saiful dan Adam didapati tidak terlibat selepas disiasat. 

Selain itu, jika Mahiaddin mempunyai bukti Zahid sebagai dalang, beliau wajar menawarkan diri menjadi saksi pihak pembelaan, agar Ketua Penerangan dan Ketua Bahagiannya itu mendapat keadilan kerana Zahid telah campur tangan. Jika tidak, sia-sia sahajalah Mahiaddin ‘menyalak’ kerana undang-undang tidak mengenal warna dan kulit, jawatan ataupun parti.

Lagipun yang membuat tawaran dan yang menerima imbuhan semuanya terkait dengan Bersatu, bukan Zahid ataupun UMNO. Jika tidak terlibat dan tidak bersalah, inilah masanya Mahiaddin boleh bersihkan dirinya dan parti di mahkamah, bukan menyalak tidak tentu hala di media. 

Boleh juga cuba buktikan bahawa imbuhan yang diterima daripada kontraktor itu hanyalah sedekah, bukannya rasuah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts