NAZIF TERIMA REAKSI POSITIF AHLI UMNO

105
SHARES
338
VIEWS

Langkah Datuk Mohamad Nazifuddin Najib menawarkan diri bertanding Ketua Bahagian Langkawi mendapat reaksi positif daripada ahli-ahli parti itu.

Rata-rata ahli menyambut baik dan melihat Nazifuddin mampu melakukan perubahan besar terutama pentadbiran UMNO Langkawi agar efektif dan kembali sebagai kubu kuat parti itu. Tinjauan Editor Malaysia mendapati Nazifuddin disenangi ramai walaupun baru berjinak-jinak dengan bahagian tersebut tahun lalu.

Lebih menarik perhatian, beliau mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik utama di Langkawi mahupun Kedah. Ketika dihubungi Editor Malaysia, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan menggalakkan yang diterimanya setakat ini.

Saya berjanji untuk memberi khidmat sebaik mungkin dan membina solidariti teguh bersama seluruh ahli UMNO Langkawi,” katanya yang juga ahli UMNO bahagian tersebut.

Selain Ketua Bahagian Langkawi, Nazifuddin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda. Bulan lepas beliau yang merupakan anak mantan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengesahkan akan bertanding kedua-dua jawatan tersebut, yang mencetuskan perhatian ramai.

Dalam pengumuman sebelum ini, beliau yakin akan diterima baik di peringkat akar umbi Langkawi selepas sudah mengadakan pertemuan dengan lebih 70 peratus daripada 103 cawangan di bahagian berkenaan.

Saya bertanding sebab rasa kebanyakan daripada 103 cawangan yang ditemui memberi sokongan penuh. Itulah sebab saya menawarkan diri,” katanya.

Berhubung jawatan Naib Ketua Pemuda, Nazifuddin berharap akan menjadi sandaran ahli-ahli sayap itu di seluruh negara. Beliau melihat UMNO mempunyai peluang cerah untuk bangkit cemerlang walau apapun cabaran dan dugaan sebelum ini.

Katanya, kebangkitan ini perlu dibina dengan menjadikan orang muda sebagai pasak UMNO bagi membawa parti itu sebagai pilihan utama rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Atas kertas Nazifuddin mempunyai peluang yang baik untuk menang kedua-dua jawatan tersebut. Pembawaanya yang sederhana, mesra dan mudah didampingi akan menjadi faktor kelebihan.

Bukan itu sahaja di sebalik kekuatan dan potensi beliau, Nazifuddin dilihat tokoh muda yang berwibawa, mempunyai rangkaian hubungan antarabangsa, pengalaman luas dalam pertubuhan sukan nasional dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan di belakang tabir.

Selepas Ketua UMNO Bahagian Langkawi, (Datuk Nawawi Ahmad, 61) meninggal dunia (tahun lalu) dan apabila berlaku kekosongan, ramai yang mencari saya kerana mereka faham Langkawi memerlukan anak muda yang biasa dengan platform antarabangsa untuk bawa Langkawi ke arah yang lebih maju sebagai satu pulau pelancongan,” katanya.

Bukan di Langkawi sahaja. Beliau menerima banyak permintaan daripada ahli-ahli Pemuda agar bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda dan akhirnya menyahut seriuan mereka demi masa depan perjuangan UMNO.

Ini semua bukan untuk diri saya tetapi demi agama, bangsa dan negara serta agar UMNO mampu menakhodai perjuangan kini dan masa depan,” katanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts