APA YANG BERLAKU TERHADAP NAJIB CUKUP ZALIM – NAZIF RAZAK

342
SHARES
2k
VIEWS

Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Apa yang sedang berlaku kepada Ayahanda sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan.

Dengan ulasan mudah oleh seorang Hakim yang menghakimi Ayahanda di mana RM42 juta adalah bukan hak beliau untuk disedekahkan kepada rakyat, natijahnya Ayahanda disumbat dibelakang tirai besi. Duit ini yang bukannya dari hasil rompakan atau mana mana sumber yang salah di sisi perundangan, bahkan bukan pula dari kantung KWAP tetapi diberi oleh syarikat-syarikat perniagaan bagi tujuan CSR.

Malahan, terbukti berkali-kali oleh pihak bank dan SPRM dalam perbicaraan itu akan terdapatnya ‘money trail’ bahawa Ayahanda turut menerima sekurang-kurangnya RM642 juta sumbangan mahupun derma dari Arab Saudi termasuk pindahan terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaunnya. Dokumen pembuktian ini telahpun ‘leak’ dan tersebar meluas di lapangan media sosial.

Hasil pemberian mahupun derma ini tidak sesekali digunakan untuk kemewahan peribadi malah dengan nyata digunapakai untuk membantu rakyat dalam ketika negara dilanda musibah seperti banjir berskala besar sedikit masa dahulu. Tidak ketinggalan digunakan juga kepada semua masjid-masjid dalam negara sepanjang empat tahun berturut-turut untuk pembangunan serta program ilmiah di masjid tersebut.

Namun ramai tidak faham isu sebenar kes SRC dan tidak mengikut perbicaraan secara rapi. Golongan ini masih ada persepsi bahawa Ayahanda telah mencuri RM42 juta tersebut. Naratif ini menjadi lebih hangat dengan permainan ‘spin’ ahli-ahli politik yang secara nyata bermusuhan dengan Ayahanda mahupun secara sembunyi.

Kami ahli keluarga DSN amat tidak faham serta merasa amat kecewa kepada rakyat, yang mana bagaikan tidak langsung menghargai jasa-jasa Ayahanda menaikkan negara ini sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan negara. Malah bukti kecemerlangan ini mudah diperolehi di saluran media sosial atau enjin carian dan bukan hanya rekaan kami sekeluarga untuk menceritakan kesedihan terhadap hukuman penjara untuknya.

Setahun berlalu, keadilan buat Ayahanda bagaikan sirna. Ayahanda masih di belakang tirai besi, masih cuba tersenyum untuk kita semua.

Sejujurnya kami ahli keluarga DSN tidak dapat membendung rasa kecewa kerana setiap pengorbanan yang beliau lakukan dalam memberikan khidmat untuk rakyat dan negara hinggakan ibarat mengorbankan nyawanya ini tidak dihargai.

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli “Keadilan bukan sahaja mengenai kesalahan atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga mengenai menurutnya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani perbicaraan yang adil. Jika dia tidak boleh dibicarakan secara adil atas kesalahan yang dia pertuduhkan, dia tidak patut dibicarakan sama sekali. Menafikan tertuduh untuk perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius,”.

Jika UMNO hari ini yang mana adalah sebahagian daripada kerajaan dan jaguh orang Melayu, kenapa kita (UMNO) tidak boleh mendapatkan keadilan untuk pemimpin kita sendiri. Jika Tun Razak dipenjarakan hari ini dan bukan DSN adakah kita akan dapat keadilan untuknya?

Sewaktu PRN bar-baru ini, rakyat mula bersuara bahawa ia bukan sekadar isu ekonomi dan keperluan asas tetapi isu prinsip dan hak asasi manusia. Hari ini DSN dikurniakan insan baru dalam keluarga, seorang lagi cucu, beliau sepatutnya berada di samping keluarga tercinta meraikan kehidupan dan generasi akan datang. Bukan di mana beliau berada hari ini, belakang tirai besi yang kaku.

Saya harap kita tidak terlambat untuk membatalkan ‘kesalahan’ yang telah dilakukan, kerana orang yang menjadi juara terbesar ketidakadilan terus berdiam diri. Adakah wajar kita bertanya kepada diri kita hari ini di manakah silapnya kita…

Nazif Najib

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts