SAYAP PEMUDA ANUGERAH TOKOH PEMUDA UMNO MALAYSIA KEPADA NAJIB

73
SHARES
236
VIEWS

Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berakhir semalam menyaksikan peristiwa bersejarah apabila saya pemudanya menganugerahkan Tokoh Pemuda UMNO Malaysia kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi menghargai pengorbanannya selama ini. 

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr. Muhamad Akmal Saleh kepada Nizar Najib dan adiknya Nazifuddin bagi pihak keluarganya. Kedua-duanya dilihat menitiskan air mata dan sebak atas penghargaan yang diberikan kepada ayahandanya yang kini dihukum penjara selama 12 tahun. 

Nizar dan keluarganya juga berharap agar momentum dan solidariti untuk membebaskan Najib yang tidak mendapat perbicaraan yang adil itu tidak akan terhenti di situ sahaja sehinggalah beliau dibebaskan. Katanya, ahli keluarganya menyerahkan kepada kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha membebaskan ayahandanya. 

Sebagai rekod, Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts