MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

345
SHARES
2k
VIEWS

Aktivitis masyarakat yang juga seorang peguam, Mohammad Yahya Zakaria mengumumkan hasrat bertanding merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada Pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini pada 18 Mac depan. 

Pengerusi Pertubuhan Satu Silaturahim Anak FELDA (1SAF) itu turut berkata bahawa keputusan beliau untuk bertanding diambil selepas menerima nasihat dan pandangan pelbagai pihak.

Beliau merupakan Ketua UMNO Cawangan Pasoh 2, yang juga generasi kedua FELDA bertekad untuk memperkasa dan menyatukan UMNO yang menurutnya berdepan dengan cabaran namun tetap yakin mampu memberikan khidmat dalam apa jua keadaan. 

Pastinya perjuangan ini harus di landasan istiqamah, keberanian dan sentiasa memberi khidmat terbaik kepada parti dalam apa jua situasi. Perjuangan kita semua atas landasan yang sama, demi ABATA (agama, bangsa, tanah air).

Selaku calon nombor 2, beliau mengharapkan para perwakilan memilihnya dalam semangat bermuafakat dan bersama-sama membantu UMNO kembali menjadi juara di hati rakyat. Semoga Allah Taala membantu dan memudahkan parti keramat Melayu ini serta para pemimpin-pemimpinnya yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan untuk kembali menerajui negara tercinta. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts