• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 22, 2023
in Pendidikan, Utama
0
PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 
48
SHARES
532
VIEWS

Penggunaan teknologi dalam pendidikan semestinya mempunyai implikasi yang bagus terhadap proses tunjuk ajar serta pembelajaran. Teknologi juga mendorong ke arah pembentukan ruang baharu dalam pengawalan proses pembelajaran bagi setiap pelajar.

Simulasi merupakan alat bantu mengajar yang mempunyai salah satu daripada elemen multimedia yang sangat berkesan dalam meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Ia juga dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang baik secara kognitif dan konstruktif.

Simulasi dapat memberikan motivasi kepada pelajar kerana mereka akan merasa seronok dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan dengan kaedah simulasi ini. Simulasi juga amat berguna untuk membantu pelajar yang mempunyai motivasi yang rendah dalam pelajaran.

Penggunaan simulasi secara efektif mampu memberikan kesan yang signifikan dalam meningkatkan pembelajaran, meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar, memberi peluang berinteraksi sesama pelajar serta menjalankan eksperimen.

Ia berupaya melibatkan interaksi dengan isi pembelajaran dalam situasi maya atau gambaran abstrak dengan situasi sebenar. Simulasi juga dikenali sebagai program yang direka bentuk bagi memodelkan sesuatu aktiviti bagi membolehkan pelajar berinteraksi dengannya dan kebiasaannya pelajar mempunyai peranan aktif dalam menerokai sesuatu simulasi dan ia memudahkan mereka untuk belajar.

Pada masa kini terdapat peningkatan dari sudut permintaan bahan pembelajaran berbantu simulasi kerana keupayaannya mencapai serta menimbulkan keinginan dan minat pelajar untuk belajar. Tambahan pula, strategi penyampaian berbantu simulasi mampu meningkatkan pencapaian pelajar berbanding penggunaan strategi penyampaian secara bersemuka.

Hal ini disebabkan oleh keralatan pelajar dalam memahami kandungan pembelajaran secara menyeluruh. Dalam hal ini alat berbantu simulasi digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Penekanan simulasi adalah gabungan pengetahuan, kemahiran dan pemikiran kritis yang memberi kesan positif bukan sekadar terhadap peningkatan pengetahuan. Malahan, simulasi juga meliputi aspek motivasi, pembelajaran kolaboratif dan meningkatkan aras ketekalan pelajar.

Tambahan pula, keupayaannya menjangkau kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza. Penggunaan simulasi dapat bertindak sebagai pemangkin dalam meningkatkan tahap visualisasi dan penglibatan pelajar dalam konteks
yang lebih realistik.

Pembelajaran Berfokuskan Simulasi

Pembelajaran berbantukan simulasi difokuskan ke arah pembelajaran melalui pengalaman yang menyeronokkan. Pembelajaran dengan menggunakan bantuan simulasi akan memberikan pelajar kuasa mengawal atas apa yang dipelajari serta berupaya meningkatkan keupayaan pemikiran mereka. Peningkatan keupayaan pemikiran ini boleh disandarkan kepada kemampuan simulasi yang menyokong aktiviti pemerhatian serta tindak balas yang berpotensi membantu pelajar mempelajari sesuatu konsep yang sukar.

Secara tidak langsung, simulasi boleh dijadikan alat yang berkesan untuk meringkaskan sebahagian atau keseluruhan isi pembelajaran agar mudah disampaikan serta mudah untuk difahami dan menyelesaikan masalah sebenar.

Keberkesanan pembelajaran berbantukan simulasi sebenarnya bukan hanya bergantung kepada reka bentuk simulasi itu sahaja, malah ia juga bergantung kepada persekitaran perlaksanaan simulasi tersebut. Walaupun mempunyai reka bentuk yang menarik dari sudut paparan antara muka, teks, gambar dan sebagainya dalam penggunaan simulasi, ia masih tidak mampu menyumbang kepada pembelajaran yang memberangsangkan sekiranya strategi penyampaian kurang berkesan.

Oleh:
Dr. Nurul Ihsaniah Binti Omar

Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Politeknik Seberang Perai

Azura Binti Ahmad

Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Politeknik Balik Pulau

Tags: Azura AhmadDr. Nurul Ihsaniah OmarMotivasiPoliteknik Balik PulauPoliteknik Seberang PeraiTeknik simulasi
Previous Post

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

Next Post

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

TVET BUKAN OPSYEN PENDIDIKAN KELAS KEDUA

TVET BUKAN OPSYEN PENDIDIKAN KELAS KEDUA

July 11, 2023
PENGAJIAN PASCASISWAZAH BUKAN SUATU PERLUMBAAN

PENGAJIAN PASCASISWAZAH BUKAN SUATU PERLUMBAAN

June 28, 2023
PSP ANJUR PROGRAM FOCUS GROUP DIALOGUE BERSAMA INDUSTRI

PSP ANJUR PROGRAM FOCUS GROUP DIALOGUE BERSAMA INDUSTRI

June 7, 2023
AL-QURAN MAMPU HIDUPKAN JIWA, DIDIK ROHANI DAN MINDA PELAJAR

AL-QURAN MAMPU HIDUPKAN JIWA, DIDIK ROHANI DAN MINDA PELAJAR

April 7, 2023
KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI KURANG DAPAT SAMBUTAN

KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI KURANG DAPAT SAMBUTAN

March 27, 2023
TEKNOLOGI MAKLUMAT BERI MANFAAT BAGI PEMBELAJARAN BERSIFAT ABSTRAK

TEKNOLOGI MAKLUMAT BERI MANFAAT BAGI PEMBELAJARAN BERSIFAT ABSTRAK

March 22, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In