LAPORAN TERKINI KEMAJUAN OPERASI KETENTERAAN KHAS RUSIA

91
SHARES
293
VIEWS

2 Mac 2023

Bahagian I & II

Angkatan Tentera Persekutuan Rusia meneruskan operasi ketenteraan khas di Ukraine.

Dari arah Kupyansk, serangan yang dilancarkan oleh pasukan tentera udara, unit artileri dan sistem penyembur api berat pasukan ‘Zapad‘, telah meneutralkan unit musuh berhampiran Novosyolovskoye (Republik Rakyat Lugansk), Masyutovka dan Olshana (wilayah Kharkov ).

Lebih daripada lima puluh askar Ukraine terbunuh dan dua kenderaan bermotor telah dimusnahkan. Di samping itu, satu depoh amunisi Briged Mekanik ke-14 AFU telah dimusnahkan berhampiran Krasnoye Pervoye (wilayah Kharkov).

Di arah Krasny Liman, operasi aktif pasukan ‘Tsentr‘, serta serangan yang dilancarkan oleh pasukan tentera udara, unit artileri dan penyembur api berat, telah mengakibatkan peneutralan tenaga kerja dan perkakasan AFU berhampiran Yampolovka (Donetsk People’s Republik), Nevskoye dan Chervonopopovka dan Kuzmino (Republik Rakyat Lugansk).

Seramai 160 askar Ukraine dilaporkan terbunuh manakala tujuh kenderaan tempur berperisai dan sistem artileri gerak sendiri Gvozdika berjaya dimusnahkan.

Dalam daerah Donetsk pula, tindakan aktif pasukan ‘Yug‘, serta serangan udara dan unit artileri telah mengakibatkan pasukan musuh berjaya dineutralkan di mana kira-kira 270 askar Ukraine dilapor terbunuh, enam kenderaan tempur infantri, tiga kenderaan tempur berperisai, sembilan kenderaan bermotor, sistem artileri gerak sendiri Gvozdika dan meriam howitzer Msta-B dan D-30 berjaya dimusnahkan.

Satu depoh persenjataan AFU Briged Mekanik ke-110 dan nod isyarat AFU telah dimusnahkan berhampiran Avdeyevka (Republik Rakyat Donetsk).

Dari arah Donetsk Selatan dan Zaporozhye, pasukan udara taktikal dan unit artileri pasukan ‘Vostok‘ telah melancarkan serangan tembakan kompleks terhadap unit Angkatan Tentera Ukraine (AFU) berhampiran Ugledar (Republik Rakyat Donetsk), dan Malaya Tokmachka serta Kamenskoye (rantau Zaporozhye).

Kemusnahan di pihak musuh ialah seramai 80 askar Ukraine dilaporkan terbunuh manakala satu kereta kebal, dua kenderaan tempur berperisai, dua trak pikap, serta meriam howitzer Msta-B dan D-30 dimusnahkan.

Dalam arah Kherson, serangan yang dilancarkan melalui pasukan udara dan unit artileri telah mengakibatkan ‘meneutralkan’ kawasan di mana sehingga 80 askar Ukraine terbunuh, tiga puluh kenderaan bermotor, meriam howitzer Msta-B dan depot amunisi Briged Pertahanan Wilayah ke-123 berhampiran Tokarevka (wilayah Kherson) dimuanahkan.

Pasukan Taktikal-Operasi dan tentera darat, unit peluru berpandu dan unit artileri Angkatan Tentera Persekutuan Rusia telah berjaya meneutralkan 83 kru artileri di kedudukan sasaran, tenaga kerja dan perkakasan musuh di 195 kawasan juga berjaya dimusnahkan. 

Satu sistem peluru berpandu pertahanan udara Buk-M1 Ukraine telah dimusnahkan berhampiran Kramatorsk (Republik Rakyat Donetsk). Selain itu, 1 radar sistem peluru berpandu ‘permukaan-ke-udara’ S-300 telah dimusnahkan berhampiran Nikopol (wilayah Dnepropetrovsk).

Pasukan udara Tentera Aeroangkasa Rusia telah berjaya menembak jatuh satu pesawat AFU Su-24 berhampiran Mikhailovka (Republik Rakyat Donetsk). Satu helikopter AFU Mi-8 telah ditembak jatuh berhampiran Kurakhovka (Republik Rakyat Donetsk).

Kemudahan pertahanan udara telah menembak jatuh satu pesawat Su-25 pasukan Tentera Udara Ukraine berhampiran Krynki (wilayah Kherson).

Selain itu, satu peluru berpandu HIMARS MLRS telah berjaya dipintas. Empat belas unit UAV AFU telah dimusnahkan berhampiran Chugunovka (wilayah Kharkov), Peski, Yakovlevka, Mineralnoye, Zavitne Bazhania (Republik Rakyat Donetsk), Golaya Pristan, Cazachyi Lageri dan Zburyevka (wilayah Kherson).

Secara keseluruhan, 393 kapal terbang, 212 helikopter, 3,295 kenderaan udara tanpa pemandu, 407 sistem peluru berpandu pertahanan udara, 8,105 kereta kebal dan kenderaan tempur berperisai lain, 1,045 kenderaan tempur yang dilengkapi dengan MLRS, 4,247 meriam meriam medan dan 65 unit meriam khas berjaya dimusnahkan sejak bermulanya operasi ketenteraan khas setahun yang lepas. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts