BRAZIL KEKAL BERKECUALI, DESAK RUNDINGAN DAMAI ANTARA RUSIA-UKRAINE

335
SHARES
2k
VIEWS

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berkata pada hari Khamis bahawa Brazil akan kekal berkecuali dalam konflik perang Rusia-Ukraine. Kenyataan tersebut dibuat selepas bertemu Presiden Finland Sauli Niinisto di Istana Itamaraty, Brazil. 

Tiada apa-apa yang akan berlaku sehingga Ukraine dan Rusia membuat keputusan bahawa mereka mahukan keamanan.

Oleh itu, Brazil adalah sebahagian daripada kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali untuk membina kemungkinan menamatkan perang.

Walaupun Lula mengecam pencerobohan dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, beliau berikrar negaranya kekal berkecuali dalam konflik tersebut serta mendesak jalan penyelesaian dibuat secara aman.

Menurut agensi berita Anadolu, Presiden Brazil itu sebelum ini telah beberapa kali menyuarakan keperluan untuk blok antarabangsa G20 untuk mengusahakan satu pelan rundingan damai antara negara yang berperang. Ini kerana pada dasarnya G20 diwujudkan bagi menyelamatkan ekonomi dunia berikutan krisis pada 2008 serta wujud keperluan kumpulan antarabangsa baharu untuk menamatkan peperangan.

Selepas menyertai Sidang Kemuncak G7 di Jepun, Lula sekali lagi mengulangi pendirian neutralnya dan memberi jaminan bahawa beliau sedang berbincang bersama India, China dan Indonesia serta beberapa negara lain di Amerika Latin untuk membina blok baharu bersandarkan mewujudkan keamanan di dunia.

Dalam masa yang sama beliau turut mengkritik Amerika Syarikat dan Eropah kerana sengaja memanjangkan konflik dengan membekalkan senjata kepada tentera Ukraine serta menolak permintaan Jerman untuk membekalkan peluru ke sana. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts