• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

REALITI TERIMBUH (AR) DALAM PENDIDIKAN SEMAKIN DIMINATI

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
March 4, 2023
in Pendidikan, Utama
0
REALITI TERIMBUH (AR) DALAM PENDIDIKAN SEMAKIN DIMINATI
13
SHARES
139
VIEWS

Teknologi pada hari ini semakin berkembang dan berevolusi dari masa ke masa. Pelbagai inovasi dihasilkan seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Antara teknologi dalam dunia pendidikan yang mendapat perhatian dan semakin diminati adalah seperti realiti terimbuh (Augmented Reality). Pengalaman AR ini telah menjadi satu trend yang sangat ketara dan dianggarkan tahun 2023 ini terdapat 2.4 bilion pengguna mudah alih AR di seluruh dunia (Sinha, 2021). 

Realiti terimbuh (AR) bermula sekitar tahun 60-an dan sistem AR yang pertama diperkenalkan adalah U.S Air Force, Wright-Patterson Air Force Base (1992). Kini AR telah mula menjadi salah satu trend dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang pendidikan. Reliti terimbuh (AR) adalah teknologi di mana pengguna mengalami suatu pengalaman maya dalam bentuk 2D atau 3D. Melalui teknologi AR ini, pelajar dapat merasai pembelajaran yang berbeza kerana adanya gabungan objek termasuklah teks, gambar dan animasi. Aspek peratusan pengalaman AR yang dirasai oleh pengguna adalah merangkumi sekitar 25 peratus realiti digital dan 75 peratus realiti sedia ada. 

Teknologi AR berperanan penting dalam bidang pendidikan kerana didapati pelajar di sekolah, politeknik, atau universiti agak sukar untuk melihat sesuatu maklumat secara teori tanpa sebarang visual yang boleh dikaitkan. Maka, dengan teknologi AR ini, pelajar dapat memahami sebarang konsep pembelajaran dengan cepat melalui paparan format 3D. Namun, keperluan AR seperti mempunyai rangkaian internet, peranti seperti telefon pintar atau tablet dan aplikasi AR perlu ada untuk tujuan pembelajaran. 

Antara contoh implementasi AR dalam pendidikan ialah aplikasi ‘360cities’ membolehkan guru dan pelajar membuat lawatan maya ke tapak sejarah di seluruh dunia. Aplikasi ‘AR Photomath’ pula membolehkan pelajar mengimbas soalan matematik dan seterusnya pengguna boleh mengetahui jalan pengiraan dan penyelesaian soalan tersebut secara animasi di alam maya.

Manakala Aplikasi ‘AR Books’, boleh menjadi pilihan untuk guru dan pelajar sebagai tambahan kepada buku elektronik atau ‘kosher CDs’. Selain itu, pelajar perubatan boleh mempelajari anatomi dan berlatih memeriksa badan dengan aplikasi AR yang mewakili tubuh manusia sama ada di dalam atau luar. Antara contoh dalam bidang lain,  aplikasi ‘Dinosaur 4D+’ dengan set kad imbas untuk membolehkan pengguna melihat dinosaur 3D apabila pengguna mengimbasnya melalui kad. Aplikasi ini juga mempunyai maklumat tentang setiap dinosaur yang dipaparkan. 

Maka, implementasi AR dalam pendidikan bukan sahaja membantu mengurangkan masa pembelajaran kerana penerangan sesuatu maklumat untuk sesuatu objek turut dipaparkan dengan ringkas dan padat kepada pelajar yang menggunakannya. Perubahan paling ketara apabila AR diimplementasi dalam pendidikan adalah penglibatan pelajar lebih ramai berbanding pembelajaran secara tradisional. Ini dapat disimpulkan bahawa, penggunaan AR dalam pendidikan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih interaktif, menarik dan menyeronokkan (Yusof et al, 2022). 

RUJUKAN:

Anonymous (2021, October 29). Using Augmented Reality in Education: Key Concepts and Benefits. Program-Ace. https://program-ace.com/blog/augmented-reality-in-education/

Sinha, S. (2021, January 2). Augmented Reality in Education: A Staggering Insight into The Future. eLearning Industry. https://elearningindustry.com/augmented-reality-in-education-staggering-insight-into-future

Yusof, A. S., Jima’ain, M. T. A. @, Rahim, S. A., & Abuhassna, H. (2022). Implementation of Augmented Reality (AR) in Malaysian Education System. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(3), 1207 – 1216.

Oleh:

Ts. Norhanisha Yusof
Pensyarah Kanan,
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Azrayhafizi Matzin

Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Tags: Azrayhafizi MatzinPoliteknik Balik PulauRealiti terimbuh (AR)Ts. Norhanisha Yusof
Previous Post

LAPORAN TERKINI KEMAJUAN OPERASI KETENTERAAN KHAS RUSIA

Next Post

PEGUAM NEGARA IDRUS HARUN DILANTIK SEMULA

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

TEKNOLOGI MAKLUMAT BERI MANFAAT BAGI PEMBELAJARAN BERSIFAT ABSTRAK

TEKNOLOGI MAKLUMAT BERI MANFAAT BAGI PEMBELAJARAN BERSIFAT ABSTRAK

March 22, 2023
PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 

PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 

March 22, 2023
JANGAN ABAI TEKNOLOGI PEMBELAJARAN WALAU PASCA PANDEMIK

JANGAN ABAI TEKNOLOGI PEMBELAJARAN WALAU PASCA PANDEMIK

October 26, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In