PEGUAM NEGARA IDRUS HARUN DILANTIK SEMULA

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Tan Sri Idrus Harun mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk dilantik semula sebagai Peguam Negara berkuatkuasa Isnin depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan semula Idrus itu adalah untuk tempoh enam bulan.

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan media semalam. 

Idrus sebelum ini ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara bermula 6 Mac 2020 secara kontrak selama dua tahun. Lantikan itu kemudiannya disambung semula selama setahun pada 6 Mac 2022 dan akan berakhir Mac ini. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Cara Negara serta Hakim Mahkamah Rayuan. Idrus dilantik sebagai Peguam Negara oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020, susulan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya. 

Sebagai rekod, tiga nama disebut-sebut bakal dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini untuk menggantikan Idrus ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Yaacob Md Sam serta Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts