JANGAN TANGGUH KEADILAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

81
SHARES
262
VIEWS

Rakyat ternanti-nanti bilakah YA Dato’ Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali akan didakwa apatah lagi sudah lebih setahun kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Walaupun terdapat sedikit percanggahan sebelum ini apabila Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun kata kertas siasatan tiada di pejabatnya. Sedangkan sebelum itu beliau sendiri telah mengesahkan sudah menerima dan sedang menelitinya. Apapun alasannya, isu Hakim Nazlan ini tidak boleh ditangguhkan dan wajar segera dimuktamadkan.

Walaupun YA Ketua Hakim Negara ada berkata SPRM perlu merujuk kepadanya jika mahu menyiasat sebarang hakim, hal ini sudahpun mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk NGO dan bekas Ketua Hakim Negara sendiri iaitu Tun Abdul Hamid. Beliau berkata cara Tengku Maimon mahu SPRM merujuk kepadanya tidak berPerlembagaan, malah dilihat seolah-olah hakim lebih `mulia` daripada orang lain.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana bukankah ada hakim pernah didakwa sebelum ini dan timbul persoalan di hati rakyat kenapakah Hakim Nazlan menerima layanan berbeza? Bukankah mahkamah menjadi tempat terbaik untuk beliau membersihkan namanya jika tidak bersalah? Selain itu, bukankah Tengku Maimon sendiri pernah berkata, “Justice delayed is justice denied?

Justeru Peguam Negara perlu setuju dengan maksim yang digunakan oleh Ketua Hakim Negara ini dan janganlah tangguhkan lagi pendakwaan ke atas Hakim Nazlan kerana lagi lama keadilan ditangguhkan bermakna lagi lama keadilan itu dinafikan.

Tetapi janganlah pula dalam kes ini maksim lain pula digunakan iaitu “Justice hurried is justice buried“. Ini tidak aci. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts