KENAPA MAJLIS PEGUAM MAHU TUDUH PEGUAM NEGARA GAGAL PERTAHAN BADAN KEHAKIMAN?

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Kenapakah Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh Karen Cheah meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun kerana kononnya beliau gagal mempertahan badan kehakiman daripada serangan dan mendukung kedaulatan undang-undang?

Ini tuduhan berat tanpa dibuktikan terhadap penjawat awam yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Ini bukan perkara main-main. 

Pelik juga, takkanlah bila ada pihak mempersoal kredibiliti mana-mana hakim mahu dikatakan sebagai menyerang badan kehakiman? Lebih teruk Peguam Negara pula disalahkan. Nama sahaja badan profesional tetapi tindakan mereka langsung tidak profesional.

Malah Majlis Peguam juga menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, atas kelakuan yang didakwa menjejaskan kebebasan badan kehakiman. Asyik-asyik mahu salahkan orang lain sedangkan Azalina hanya berkata bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Nazlan menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International yang melibatkan Najib.

Apa salahnya Azalina mendedahkan perkara yang benar mengikut dapatan daripada siasatan SPRM, kerana bukankah Majlis Peguam sepatutnya menjunjung tinggi keadilan dan kebenaran?

Jika tidak suka sekalipun dengan fakta dan dapatan dari siasatan tersebut terhadap Hakim Nazlan, Majlis Peguam tetap tidak boleh bersikap berat sebelah. Terimalah hakikat dan raikanlah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

Selain itu kenapakah Majlis Peguam mahu berasa kesal dengan tindakan SPRM yang menyiasat Nazlan kerana mereka sepatutnya sedar suruhanjaya itu mempunyai kuasa penuh di bawah Perlembagaan untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa “fear or favour“. Janganlah tunjuk sangat sikap berat sebelah, kelak menyusahkan diri sendiri. 

Logiknya, jika mereka mahu ‘mengekang’ SPRM daripada menyiasat hakim-hakim yang diragukan, lebih baik Karen dan Majlis Peguam cadang kerajaan mansuhkan terus suruhanjaya tersebut kerana tiada gunanya lagi jika mereka tidak boleh menyiasat.

Pelik juga kenapakah hakim-hakim lain yang disiasat sebelum ini tidak pula dibantah oleh Majlis Peguam? Apa istimewanya Hakim Nazlan? 

Apa kata SPRM siasat Karen dan Majlis Peguam kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas-tugas hakiki mengikut Akta SPRM, selain seolah-olah mahu ‘discredit‘ Peguam Negara dengan usul tidak percaya. 

Kesimpulannya, jika benar Hakim Nazlan tidak melanggar undang-undang atau mempunyai sebarang konflik kepentingan dalam kes SRC yang diadilinya, maka tiada apa yang perlu dirisaukan Majlis Peguam.

Raikanlah siasatan dan dakwaan, lagipun tiada siapa bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Berilah peluang Hakim Nazlan bersihkan namanya di mahkamah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts