ISRAEL KEMBALI MENYERANG GAZA, JIHAD ISLAM LANCAR BERPULUH-PULUH ROKET 

335
SHARES
2k
VIEWS

Tentera udara Israel kembali menyerang kumpulan Jihad Islam di Semenanjung Gaza, yang sudahpun berlarutan masuk ke hari kedua. Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara di timur Khan Yunis, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Tentera Israel mendakwa jetnya menyasarkan ‘sel militan’ Palestin yang dikatakan bersedia menyerang bandar-bandar penempatan penjajah Israel menggunakan peluru berpandu, sebagai tindakan balas atas pembunuhan tiga pemimpinnya sebelum ini. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/28807/

Dalam serangan itu, selain tiga pemimpin Jihad Islam terbunuh, sepuluh orang awam yang tidak berkaitan termasuk isteri dan anak pemimpin serta jirannya turut terbunuh. Seperti biasa pengganas Israel bertindak kejam membunuh rakyat biasa yang bukannya ancaman namun kemudian berlagak kononnya merekalah ‘mangsa’. 

Secara tidak langsung, peningkatan keganasan penjajah Israel ini telah menambah penderitaan rakyat Gaza yang telahpun berada di bawah sekatan Israel sejak Selasa lepas. Israel juga menutup satu-satunya lintasan komersial iaitu Kerem Shalom, sekaligus menghentikan kemasukan bahan api dan barangan keperluan harian.

Israel juga telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak Hamas menguasai kawasan itu pada pertengahan tahun 2007 sehingga kini. 

Sebagai rekod, Semenanjung Gaza telah menyaksikan konfrontasi berterusan dengan Israel, termasuk empat peperangan sejak tahun 2008 yang mengakibatkan beribu-ribu mangsa terkorban.

Seorang penganalisis politik, Mustafa Ibrahim berkata, “Israel sedang berusaha untuk mengenakan dasar pembunuhan sekali lagi, dan inilah yang Hamas dan Jihad Islam tidak akan benarkan.”

“Israel tidak mahu perang jangka panjang di Semenanjung Gaza. Mereka perlu memberikan tentangan hebat kepada Jihad Islam bagi menangani isu dalaman Israel, tetapi apapun pelbagai kemungkinan tetap boleh berlaku.”

Apapun semoga Allah Taala sentiasa memelihara saudara seIslam kita di Palestin. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts