KETUA PBB KUTUK SERANGAN, KEMATIAN KE ATAS PENDUDUK AWAM GAZA, RAYU HENTI SERTA-MERTA

335
SHARES
2k
VIEWS

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk serangan dan kematian ke atas penduduk awam di Gaza sebagai langsung tidak boleh diterima serta merayu agar ia dihentikan serta-merta.

Beliau juga menggesa agar semua pihak melaksanakan sekatan maksimum, seperti yang dimaklumkan oleh timbalan jurucakap PBB Farhan Haq, semalam.

Beliau berkata Israel wajib mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan sepatutnya mengelakkan berlakunya mudarat ke atas penduduk dan kepentingan awam di Gaza. 

Israel mesti mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk penggunaan kekerasan secara berkadar dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang boleh dilaksanakan untuk menyelamatkan orang awam dan objek awam dalam menjalankan operasi ketenteraan,” kata Haq.

Sebagai rekod, tindakan Israel ini dilakukan kononnya bagi bertindak balas ke atas Jihad Islam yang melancarkan puluhan roket ke atas negaranya.

Namun, sudah puluhan tahun berlalu, sikap Israel tidak pernah berubah kerana merekalah yang sebenarnya memulakan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Mereka tidak peduli walaupun serangan tersebut mengorbankan wanita dan juga kanak-kanak Palestin. Dalam masa yang sama berlagak sebagai ‘mangsa’ bagi meraih simpati dunia.

Lebih malang, negara besar seperti Amerika Syarikat serta blok Barat berada di belakang Israel menyokong dan membantu mereka sepenuhnya.

Nyawa rakyat Palestin bagi mereka tidak bernilai apa-apa, asalkan negara penjajah Israel dapat dipelihara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts